CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Rentas Sarang Harimau, Berenang Sejam Dalam Lubuk Buaya Demi Jumpa Kekasih

3-6-2022 07:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1663| Komen: 1

NEW DELHI – Seorang wanita di Bangladesh sanggup merentasi sebuah kawasan hutan yang menjadi sarang harimau sebelum berenang di sebatang sungai didiami buaya selama sejam demi bertemu kekasihnya di India, lapor akhbar Daily Star.


Krishna Mandal, 22, dilaporkan berkenalan dengan seorang lelaki India bernama Abhik menerusi laman Facebook dan mereka saling jatuh cinta.

Pasangan kekasih itu kemudian merancang untuk berkahwin, namun Krishna tidak memiliki pasport untuk memasuki India secara sah, lapor majalah India Today.

Foto: India Today

Kekurangan itu bagaimanapun tidak menghalang rancangan Krishna untuk mengahwini kekasih hatinya apabila dia membuat keputusan nekad mahu memasuki India secara haram.


Menurut sumber polis, gadis berkenaan merentas hutan paya Sundarbans  yang merekodkan sebilangan beberapa kes kematian akibat serangan harimau.

Dia kemudian berenang selama sejam di Sungai Matla yang menjadi lubuk  buaya.

Krishna bagaimanapun berjaya mengharungi semua ‘halangan’ tersebut dan pada 28 Mei lalu, dia mengahwini Abhik di bandar Kolkata.

Kisah keberanian gadis itu menjadi buah mulut penduduk daerah South 24 Parganas di Bengal sehingga menyebabkan dia ditahan polis dua hari selepas perkahwinannya berlangsung atas dakwaan memasuki India secara haram. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 3-6-2022 07:30 AM
Sanggup bahayakan diri demi jantan leluhur walaupun kau tau kaum wanita dekat sana dipandang hina sehinanya

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.027588 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top