CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Wujudkan Pusat Pemeriksaan Covid-19 Palsu, Dapat Lebih RM26 Juta Daripada Kerajaan

3-6-2022 07:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1557| Komen: 8

BERLIN – Seorang remaja lelaki di Jerman didapati bersalah kerana mewujudkan sebuah pusat pemeriksaan Covid-19 palsu dan menuntut bayaran AS$6 juta (RM26.3 juta) daripada kerajaan untuk ujian saringan yang tidak pernah dilakukan, lapor laman Oddity Central.


Ketika kemuncak pandemik Covid-19 di Jerman, permintaan untuk ujian saringan sangat tinggi sehinggakan kerajaan melantik pusat-pusat ujian swasta untuk melakukan saringan dan membuat bayaran berdasarkan invois yang diserahkan. 

Kebanyakan syarikat penyedia penjagaan kesihatan mendapat manfaat besar daripada polisi tersebut tetapi ada sesetengah pihak yang mengaut keuntungan tanpa menyediakan perkhidmatan sebenar.

Foto: Unsplash


Ini termasuk pelajar berkenaan yang mewujudkan pusat Covid-19 palsu. Dia turut memalsukan invois untuk menunjukkan pusat itu melakukan beribu-ribu ujian setiap hari. Penipuan itu dilakukan bagi menuntut wang kerajaan.

Pelajar baru berusia 17 tahun itu mula menjalankan kegiatannya pada 2022 sehingga berjaya mengaut AS$6 juta (RM26.3 juta) tanpa menyediakan apa-apa perkhidmatan.

Antara Mac hingga Jun 2021, remaja yang identitinya tidak didedahkan itu telah merekodkan 5,000 ujian saringan pada setiap hari walaupun pusat berkenaan tidak wujud.

Pada 2020 dan 2021, kerajaan Jerman menyerahkan kepada sebuah persatuan doktor, Kassenartzlichen Vereinigung (KZ) untuk membuat pembayaran kepada pusat-pusat ujian swasta.

Malangnya, kekurangan pengawasan menjadikan sistem itu menjadi sasaran mudah oleh penipu.

Dalam tempoh kurang empat bulan, remaja berkenaan menuntut bayaran ke atas 500,000 ujian Covid-19 walaupun bilangan itu mustahil dilakukan.

Bagaimanapun, tuntutan itu diluluskan oleh KZ dan pelajar berkenaan mendapat bayaran tepat pada masanya.

Tertuduh kini disabitkan kesalahan dan menerima hukuman. Hartanya dirampas dan dia diarahkan membayar AS$1,600 (RM7,028) kepada sebuah organisasi awam. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tri-max 3-6-2022 09:20 AM
this is another level punya bijaksana... hihi
tak sangka mengaut untung dlm pandemik
yg kjaan dol tak buat inspection berkala
umpama JPJ dan puspakom ... ehh tetiba
Quote honeybee1802 3-6-2022 09:22 AM
tri-max replied at 3-6-2022 09:20 AM
this is another level punya bijaksana... hihi
tak sangka mengaut untung dlm pandemik
yg kjaan dol ta ...

Itu pusat yg harom...pusat yg sebetulnya ko byg le berapa untung dia...
Quote kelip2_07 3-6-2022 09:29 AM
cmne ehh blh lulus..klu kt malaysia nie jgn ko mimpi lahh
Quote dua_chzy 3-6-2022 09:45 AM
Ini kejahatan yang...akak kagumi. Boleh jadik politician yang sangat berjaya kau dek.
Quote Adrif 3-6-2022 10:55 AM
dua_chzy replied at 3-6-2022 09:45 AM
Ini kejahatan yang...akak kagumi. Boleh jadik politician yang sangat berjaya kau dek.

politician Malaysia be like

"Ini duit orang sedekah."  

"Tak tau, ada orang bagi duit kat saya."  
Quote dua_chzy 3-6-2022 11:05 AM
Adrif replied at 3-6-2022 02:55 AM
politician Malaysia be like

"Ini duit orang sedekah."  

Lek je bagi jawapan bodo kan. Kalau la pelajar menjawab lagu tu kat kelas memang buat bengkek hati cikgu je.
Quote Artemesiaa 3-6-2022 12:45 PM
Pandai cari peluang sayang dengan cara salah
Quote mayaHD 3-6-2022 12:48 PM
bagus, mai mesia, ckp melayu pandai, tunjuk beriman sket, pandai melawak, senang dpt PR silap2 dpt bertanding jd YB

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.050571 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top