CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seram! Lelaki Terperangkap Dalam Bank Ketika Guna Mesin ATM

2-6-2022 06:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 883| Komen: 0

Seorang lelaki terperangkap di sebuah bank di Cheng, Melaka, selepas pintu bangunan itu tiba-tiba terkunci secara automatik, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.40 tengah malam ketika mangsa berusia 51 tahun dipercayai sedang berurusan di mesin juruwang automatik (ATM) bank terbabit.


Utusan

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheng, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Mohd Norshah Saleh berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian jam 12.45 tengah malam dan empat anggota bersama sebuah jentera dikerahkan ke lokasi untuk operasi mengeluarkan mangsa.

“Setiba di lokasi kita dapati, terdapat seorang lelaki berdiri berhampiran pengatup pintu dan terperangkap di dalam bangunan itu di bahagian mesin ATM. Kita meminta mangsa memecahkan kotak kaca butang kecemasan pintu di bahagian dalam bangunan untuk membuka pengatup pintu berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa berjaya keluar dengan selamat dan dimaklumkan telah terperangkap kira-kira 15 minit sebelum kejadian dilaporkan kepada bomba dan operasi menyelamat tamat pukul 1.06 pagi.


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.069114 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top