Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus menzahirkan rasa terharu selepas membaca surat ditulis puteranya, Tun Adriel Mikael dalam bahasa Mandarin.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu popular Menatap Matamu itu menerusi satu video perbualannya bersama guru kelas tambahan di aplikasi Whatsapp yang dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam video berkenaan, Aril terpaksa meminta guru bahasa Mandrin dari kelas tambahan anaknya untuk menterjemahkan maksud surat berkenaan. Mengulas lanjut, dia secara tidak langsung menzahirkan rasa sebak apabila mendapat tahu surat itu ditulis untuknya dan isteri sebagai tanda kasih sayang seorang anak.
Menerusi video tersebut, cahaya matanya menulis bahawa dia menyayangi ibu bapanya dan akan belajar bersungguh-sungguh bagi membalas jasa mereka berdua dengan kasih sayang. “Buat daddy dan mommy tersayang, saya sayang kamu. Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan membalas dengan kasih sayang,” tulis Adriel. Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut memuji kecerdikan puteranya itu. Selain menitipkan doa agar anaknya menjadi seorang yang dalam setiap apa yang diceburi kelak. Sekadar informasi, Aril dan Puteri Erma Edlinda mendirikan rumah tangga pada pada 20 Disember 2013. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Tun Adriel Mikael yang dilahirkan pada 24 November 2015 Sumber: Utusan
|
beta_carotene replied at 2-6-2022 08:03 PM
berangan hidup nya bagi nama anak Tun..
che-cikL replied at 2-6-2022 11:53 PM
Iols pun curious. Tapi scroll sampai habis artikel & caption, nampak wife dia bernama Puteri, jadi ...
che-cikL replied at 2-6-2022 11:53 PM
Iols pun curious. Tapi scroll sampai habis artikel & caption, nampak wife dia bernama Puteri, jadi ...
ADVERTISEMENT