CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dian Hashim Serik Bercinta, Jadi Mangsa Gangguan Seksual Bekas Kekasih

2-6-2022 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3422| Komen: 37

Penyanyi baharu, Dian Hashim, 23, serik untuk bercinta kerana trauma akibat pernah menjadi mangsa gangguan seksual daripada bekas kekasihnya, Januari lalu.

Dian atau atau nama sebenarnya Nordiana Shalieza Che Hashim ketika ditemui berkata, dia bagaimanapun bersyukur hubungan cinta 'toksik' yang dialami dan pernah menghantui hidupnya itu sudah berakhir beberapa bulan lalu.

Foto: IG

"Kami saling mengenali ketika di universiti. Cuma silapnya saya lambat bertindak dan membiarkan saja apa yang dia lakukan kerana cinta dan terlalu sayang. Jadi, apabila sudah berlarutan dilakukan, ia akhirnya membuat saya tertekan.

"Apapun, selepas saya memaklumkan kepada keluarga dan kami berbincang dengan kedua-dua belah pihak, kata sepakat dapat dicapai untuk selesaikan secara baik kerana saya dan dia pun masih lagi belajar," katanya.



Dian berkata, dia juga terkilan dan kesal dengan dirinya kerana tidak bertindak bijak dalam mempertahankan maruah akibat cinta.

"Apa yang saya kongsikan ini kisah benar diri sendiri dan bukan untuk meraih populariti segera. Saya hanya mahu wanita muda macam saya berhati-hati dalam percintaan dan jangan mudah percaya dengan kata-kata manis lelaki.

"Bercinta itu tidak salah, tapi jangan lalai dan 'bodoh' kerana cinta. Kita boleh sayangkan seseorang lelaki itu tapi jangan sesekali 'dibutakan' oleh cinta dan kena pandai jaga diri. Saya harap kisah ini dapat menjadi iktibar dan pengajaran kepada gadis lain," katanya.


Dian yang berkelulusan Diploma Seni Muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), berkata, sebagai anak, dengarlah cakap ibu bapa dan jangan mudah percayakan lelaki yang kita sayang sebelum berumah tangga.

Katanya, setiap nasihat daripada orang tua itu ada kebenarannya.



Terdahulu, sebelum dilamar oleh KRU Music untuk menjadi penyanyi rakaman, bakat Dian dikesan selepas dia menyertai program I Can See Your Voice musim pertama di TV3 pada 2018.

Dia juga sudah muncul dengan single pertama berjudul Aku Wanita pada Ogos 2020. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 2-6-2022 06:23 PM
Sapa dia ni?
Erm...
Swlamat menjalani cuti sekolah semuaaa
Quote kakakpositifker 2-6-2022 07:45 PM
Hahahah siapa dia ni. Muka berubah2 setiap gambar
Quote beta_carotene 2-6-2022 08:02 PM
masalahnya ko ni sialpa
Quote kuzaime 2-6-2022 10:01 PM
Sumpah x kenal
Quote matjerk 2-6-2022 10:01 PM
Maksudnya dia nk bgtau satu dunia..masa dia bercinta dgn ex bf dia... mereka ada buat aksi ringan2... dia relakan pada ketika itu kerana sayang...?
Quote holothurian 2-6-2022 10:13 PM
Ko dh terlanjur ke dek dgn ex ko
Quote eyansss 2-6-2022 10:52 PM
u start u first step in this industry with this shitty story?  bangang abadi...
Quote timah03 2-6-2022 11:39 PM
Gigi tepi kuning sangat dik... G gosok gigi banyak kali...
Style macam tiru cupcake... Tapi selekeh...
Quote che-cikL 2-6-2022 11:41 PM
Pesyen apa yg budak ni pakai? Macam budak kedai tomyam je
Quote ctnorpropa 2-6-2022 11:43 PM
Ini siapa ya ?
Quote TerataiMelur02 3-6-2022 12:07 AM
Basicnya ko dek. Takyah semak kan industri seni dengan muka basic pleaseee.

G cari keje lain.. Niaga yong tau fu ke
Quote Acikgomen 3-6-2022 12:11 AM
Sape la manager kau nakkkkk
Napewww point sampah gini yg jadi pilihan
Quote doubleA 3-6-2022 12:15 AM
Sendiri buka aib? Dah tu pesyen apa tudung tu serabut rambut tepi atas semua nanpak? Whoareyusssssss
Quote whimsicalmusic 3-6-2022 01:01 AM
1. Sape kau?
2. Tebalnya makeup
3. Nak cite ko da terlanjur ke?
Quote supernaturalee 3-6-2022 01:12 AM
eyansss replied at 2-6-2022 10:52 PM
u start u first step in this industry with this shitty story?  bangang abadi...

Tu lah

Mmmm

Sakit sgt so called industri hiburan Malaysia ni

Quote eyansss 3-6-2022 02:04 AM

kan...  shitty people join already-shitty industry with shitty stories...  its like shit is everywhere...  dasar amber turd betul...  hahahaa...
Quote supernaturalee 3-6-2022 02:13 AM
eyansss replied at 3-6-2022 02:04 AM
kan...  shitty people join already-shitty industry with shitty stories...  its like shit is everyw ...

Shitty bang bang

Quote cheezel 3-6-2022 02:24 AM
Muka cm budak2 tiktok je. Bersepah. Next
Quote auntyonion 3-6-2022 03:18 AM
Muka lain2 setiap gambar..ke mata iols je

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.046534 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top