Baru-baru ini, ada video tular di TikTok menunjukkan seorang penumpang bas menceritakan sikap ibu yang memarahi dan bertindak kasar terhadap anaknya sepanjang perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Temerloh, Pahang. Difahamkan, keadaan kembali terkawal selepas seorang lelaki yang juga merupakan anggota polis menegur sikap wanita itu yang membuat penumpang bas yang lain tidak senang duduk.
Menurutnya, wanita itu sebenarnya tertekan dan mengalami stres melampau setelah pasangannya ditahan polis akibat kesalahan dadah. Lebih memilukan apabila dia dan anaknya dihalau ibu mertuanya kerana tidak suka cucu tirinya berada di rumahnya.
Ekoran itu, Shira Ira kemudiannya membawa wanita berkenaan dan anaknya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meminta bantuan serta membeli pakaian baharu untuk mereka semua. - CARI |
ally9970 replied at 3-6-2022 09:36 AM
Kau marahkan laki, kena halau dgn mak mentua, pastu anak jadi mangsa, jadi punching bag kau...
prince_marhaen replied at 3-6-2022 09:05 AM
meols tgok video tu meols tak kutuk kakak tu, meols menyampah yang buat video tik tok tu, kau pompua ...
ADVERTISEMENT