Pemilik syarikat automotif Tesla, Elon Musk menjadi bahan bualan apabila email kirimannya kepada semua kakitangan menjadi tular di media sosial. Menurut laporan The Star, isi kandungan email itu merupakan satu arahan yang jelas dari Elon Musk meminta semua pekerjanya kembali ke bekerja di pejabat. Difahamkan, Elon Musk mendapati waktu kerja mereka di syarikat Tesla dan SpaceX tidak cukup 40 jam setiap minggu, jadi dia memaklumkan bahawa jika arahan tersebut diingkari, mereka akan klasifikasikan sebagai perletakan jawatan. Bagaimanapun, Tesla dan Musk masih tidak memberi maklum balas tentang isi kandungan email yang dibocorkan pekerjanya. - CARI |
ADVERTISEMENT