CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Padan Muka Ibu Dia Meninggal," - Anak Arwah Siti Sarah Menangis Diejek Rakan Di Sekolah

2-6-2022 03:51 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 5108| Komen: 57|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Suci Uwais


Tidak sangka sudah hampir setahun Allahyarham Siti Sarah Raisuddin telah pergi meninggalkan kita. Pemergiannya penyanyi dan isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu masih tetap dirasai sehingga ke hari ini.

Walaupun anak-anak Allahyarham masih lagi kecil, pasti mereka sangat merindui ibu mereka kerana hubungan mereka sekeluarga sangat rapat dan penuh kasih sayang. Kehilangan arwah secara tidak langsung meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam diri mereka.


Baru-baru ini, Siti Fatimah Subeti iaitu ibu tiri arwah Siti Sarah telah memuatnaik satu posting baru di akaun Instagram miliknya. Menerusi video itu, kelihatan anak perempuan Shuib iaitu Talita telah meluahkan perasaan kepada Siti Fatimah atau nama mesranya Makder. 

Menurut Makder, Talita yang baru pulang dari sekolah itu terus menangis dan memeluk Makder. Apabila ditanya mengapa dia menangis, terus Talita menjawab rakan di sekolah telah mengejeknya dengan berkata "padan muka ibu dia dah meninggal". 

Hal ini menyebabkan ramai netizen telah membanjiri ruangan komen posting tersebut. Ramai yang berpendapat bahawa Makder perlu membuat aduan kepada guru sekolah tersebut untuk menegur pelajar yang berkata sedemikian kepada Talita agar perkara ini tidak lagi berlaku. -CARI

Sumber: Instagram Suci Uwais


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msel 2-6-2022 09:07 PM
Tak kesian kat anak ke woi? Semua benda nk upload. Bapak cara bapak, nenek tiri pun sama naik.
Quote faraway1 2-6-2022 09:33 PM
Kalau lah betul.

Harap mak budak tu bukan forummer forum cari...

Sebab orang tua kat sini hebat mengejek juga...
Quote KBW2 2-6-2022 09:38 PM
Ye ye jet korang satu family ni. Dah kalau yang tua2 kuat propa, yang kecik pun ikutlah dah itu jah model yang ada.
Quote supernaturalee 3-6-2022 01:54 AM
Kids can be mean sometimes
Quote pujanggacinta 3-6-2022 02:02 AM
keciannya...
kecik2 dah pandai padankan muka
Quote cheezel 3-6-2022 02:25 AM
Tu jela content korg smp suib menikah lain
Quote haifawehbe 3-6-2022 03:30 AM
sumpah aku dah meluat... shuib dgn mak tiri x habes2 guna cerita arwah demi content...
Quote she 3-6-2022 03:51 AM
Iye budak2 memang mulut lepas
Tapi…
Macik tak rasa budak2 tu biadap sangat nak sebut pasal orang mati
Tak pernah lah gaduh dalam kelas sampai sebut kau tu anak yatim!

Membongak aje jual anak
Satu family kaki propa
Quote she 3-6-2022 03:52 AM
haifawehbe replied at 3-6-2022 03:30 AM
sumpah aku dah meluat... shuib dgn mak tiri x habes2 guna cerita arwah demi content...

Kemain nickname retis ereb seksi pojaan macik 15 tahun lepas
Quote stingerumble5 3-6-2022 05:19 AM
faraway1 replied at 2-6-2022 09:33 PM
Kalau lah betul.

Harap mak budak tu bukan forummer forum cari...


Kalau setakat mengejek ko aku rasa memang tak patut.....yg patut rejam terus....me kehulu me kehilir ...mentua me mertua moo, anak me anak moo....me moo me moo AJM....

Kahkahkahjahkahkahkah
Quote stingerumble5 3-6-2022 05:22 AM
makadek replied at 3-6-2022 05:11 AM
Jgn nk menipu

Dukun ni lelebih lagi dukun berijazahkheun ilmu nasi wap lazimnya dia boleh nampak org nipu keww tidak kheunz makkledek?
Quote stingerumble5 3-6-2022 05:24 AM
supernaturalee replied at 3-6-2022 01:54 AM
Kids can be mean sometimes

I wouldnt used the term mean but more DARNDEST THINGS kids say or do...
Quote MatDeghem 3-6-2022 06:26 AM
Bukan2 sekarang aje.... Budak2 dulu pun sama.  Dah nama budak... Bila gaduh macam2 Kita sebut...
Ini mesti case gaduh2 Kat sekolah lah....
Quote MatDeghem 3-6-2022 06:28 AM
stingerumble5 replied at 3-6-2022 05:19 AM
Kalau setakat mengejek ko aku rasa memang tak patut.....yg patut rejam terus....me kehulu me kehil ...

Akan ku ekor jejak langkah mu Hingga ke kuborr
Gitu kan bhai....
Quote damian_lee 3-6-2022 06:30 AM
point nya simple je
“mengadu kat media sosial”

walaupun aku rasa mmang ada kemungkinan budak ada yang mengejek mcm tu

tapi dah kehulu kehilir nak diviralkan
budak2 tu pun ter-expose
pastu sampai ada “content” ajak orang yang katanya “seiras” arwah
……
sampai nak bagi anugerah pun guna skrip and gimik soal “kehilangan”
….
ko sendiri expose “titik lemah” itu

ntahlah

kadang tak habis fikir pulak
yang dewasa buat keputusan bangang
yang kenanya budak2 ni
pastu yang dewasa tak rasa ada yang salah dengan apa yang diorang buat?
Quote stingerumble5 3-6-2022 06:54 AM
MatDeghem replied at 3-6-2022 06:28 AM
Akan ku ekor jejak langkah mu Hingga ke kuborr
Gitu kan bhai....

Draw sikit boleh? Jgn nak berfalsampah dgn aku pepagi ni...

Quote stingerumble5 3-6-2022 06:57 AM
MatDeghem replied at 3-6-2022 06:26 AM
Bukan2 sekarang aje.... Budak2 dulu pun sama.  Dah nama budak... Bila gaduh macam2 Kita sebut...
In ...

Pastinya persis Persekitaran pazzpizzpuzz membesar kheun? Sehingga bawak kehari ini...kaki gaduh....

Kahkahkahkahkahkah
Quote stingerumble5 3-6-2022 07:01 AM
damian_lee replied at 3-6-2022 06:30 AM
point nya simple je
“mengadu kat media sosial”



Ini budak yg boleh bercakap...terkesan dari perbuatan org tua kheunz? Bagaimana pula Tang kes potimoh yg baru 2 tahun cakap pun belum boleh lagi, difitnah oleh mummynya sendiri konon nak ada adik baru just because dikatanya suker tengok bideo baby...lagi zalim kheunz?
Quote damian_lee 3-6-2022 07:12 AM
stingerumble5 replied at 2-6-2022 11:01 PM
Ini budak yg boleh bercakap...terkesan dari perbuatan org tua kheunz? Bagaimana pula Tang kes poti ...

gitulah zaman sekarang sting
anok2 yang belum boleh cakap digunakan
jangankan dah lahir
sblm lahir ramai je ibu2 guna excuse
“baby yang nak” … “mengidam”

agituuu

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.364150 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top