CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Chef Wan Hadiahkan Serina Perkakas Rumah, Karpet, Duit Puluh Ribu

2-6-2022 03:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7519| Komen: 68

Sempena ulang tahun anak perempuannya, Serina Redzuan yang ke 39, chef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan tampil menitipkan doa malah turut menghadiahkan pelbagai kelengkapan rumah buat anak perempuannya itu.


Chef Wan menerusi satu hantaran di Instagram memberitahu bahawa Serina tidak mahu sebarang hadiah kerana beliau sudah berjanji untuk memberikan set meja makan dan set sofa baharu untuk rumah Serina yang baru dibeli dan sedang diubahsuai.

Foto: IG

“Dia berkata dia tidak mahu sebarang hadiah kerana saya sudah berjanji untuk memberikannya set meja makan dan set sofa baharu untuk rumah mereka yang baru mereka beli dan ubah suai.

Saya juga memberikan 4 helai permaidani lama saya yang masih kelihatan baik. Guna la dari kena beli yang baru."


Tambahnya lagi, Chef Wan menceritakan bahawa dia turut menyumbang sedikit wang untuk pemasangan kabinet dapur dan menghadiahkan wang bernilai RM10,000 untuk kelengkapan yang lain seperti aksesori dan pemasangan lampu.

“Saya turut membantu mereka dan menyumbangkan sedikit wang untuk memasang kabinet rumah baru mereka. Jadi la sumbangan dari bapa itu.


Rezeki saya adalah rezeki anak-anak juga. Dah nak siap masuk rumah esok Papa kasi 10K lagi for your other home accessories, lighting, and fittings etc. Itu hadiah hari  jadi saya buat anda.”

Di akhir hantarannya, Chef Wan turut menyatakan bahawa dirinya tidak mengambil peduli akan kritikan orang luar yang bercakap buruk mengenai setiap kebaikan yang dilakukan, kerana beliau hanya mahu menjalankan tanggungjawab serta mendapatkan keredaan Allah sahaja.-CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 2-6-2022 03:59 PM
Bagi apa kat anak pun nak cerita kat semua orang....lepas tu ungkit balik bila gaduh..
Quote Thunderclouds 2-6-2022 04:48 PM
Walau molot mcm hansuang tp cannot deny dia ank yg baik kt mak dia,ex yg baik kt ex wife dia,bapak yg baik kt ank2 dia.
Quote dejure 2-6-2022 04:55 PM
Dia ni takde sesiapa ke yg nak puji kebaikkan dia? Balik2 dia ajelah menjaja kebaikkan dia.dialah yg buat itu ini,dialah yg bantu makcik kiah,joyah,senah kat sg koyan tu,menteri semuala yg puji dia terbaik,kesian betul la hidup pondan tua ni
Quote CapitalE 2-6-2022 05:08 PM
Huntongnya jadi anak orang berduit....
Quote KelisaOren 2-6-2022 05:19 PM
Menantu hantu yg baru ni jangan nak happy sgt ye....sekali ko buat onar satu dunia ko akan dimalukanMcm tak biasa perangai org tua ni dia je yg betul,yg pemurah,yg rajin,yg bertanggungjawab
Quote Lampuled 2-6-2022 05:28 PM
Bagus chef wan still ambik berat psl anak2 tp tak perlu la disclose semua kat public.
Segan anak2 tu privacy depa public tau. Bg ruang utk depa manage hidup sendiri baru bijak utk buat keputusan.
Quote Acikgomen 2-6-2022 05:31 PM
Rogue98 replied at 2-6-2022 03:59 PM
Bagi apa kat anak pun nak cerita kat semua orang....lepas tu ungkit balik bila gaduh..

Kikikiki acik masih takleh move on yach kes cepwan block acik skodeng IG heshe
Quote pujanggacinta 2-6-2022 05:36 PM
untung ada property ladder
Quote epal_putih 2-6-2022 05:47 PM
daddy kaya untungssla
Quote cupu 2-6-2022 05:48 PM
Dh peel bapak mcm ni..tlg la main angin dia baik baik
Quote naina 2-6-2022 05:49 PM
Bapak kaya of course lah harta tu ke anak2 jua. Just buat baik jelah. Bebel2 ni benda biasa.
Quote newyork 2-6-2022 05:52 PM
Semua nak cerita habih lah chepone ni.
Quote stingerumble5 2-6-2022 05:56 PM
Air dicincang takkhen putus kata anak jiran aku yg 3 tahun
Quote codenamedream 2-6-2022 05:58 PM
Biorlah chepone citer semua.

Kalau masuk mahkamah senang. Ada bukti.
Kalau depan gaduh pun senang netizen nak buat kajian
Quote kitmal 2-6-2022 06:00 PM
Bagi tu ok..tapi ungkit tu kureeeeeeeng sikit..ni ikhlas ke apa ni? ada ka seorang ayah bagi anak hadiah heboh seluruh alam dan setiap benda di berikan di ceritanya dari karpet  lama yang dah di guna hingga bagi duit...macam mengdoggy menantu saja
Quote Prickford 2-6-2022 06:19 PM
Iolls nak speku cepone banyak properties boleh tak...huhu
Quote makita 2-6-2022 06:38 PM
Dari 1 sudut best lah ada bapak mcm chepone ni. Tapi dari sudut yg lain nampak la menantu tu x mampu sediakan utk bini ikut stended chepone
Quote naz1641 2-6-2022 06:45 PM
But at least he tries his best to please serina
Quote damian_lee 2-6-2022 06:46 PM
Rogue98 replied at 2-6-2022 07:59 AM
Bagi apa kat anak pun nak cerita kat semua orang....lepas tu ungkit balik bila gaduh..

senang ada receipt online
nanti gaduh tinggal repost je

episyen gitu

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.111161 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top