Kuala Lumpur: Diseksa teruk hingga meraung serta menggelupur kesakitan akibat dicucuh alat renjatan elektrik atau stun gun berulang kali.
Ia nasib dialami seorang pemuda dan gadis warga Malaysia yang dipercayai mangsa penganiayaan dan hamba sindiket scammer di luar negara. Mendedahkan perkara itu, Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, rakaman dua video kejam itu diserahkan rakannya kelmarin. Menurutnya, dia mengesyaki video itu ada kaitan dengan kes pemerdagangan rakyat Malaysia di luar negara yang diperdaya selepas dijanjikan pekerjaan bergaji lumayan. "Mangsa yang diseludup ke Myanmar, Laos, Kemboja dan Vietnam itu sebaliknya dikurung dan dipaksa menjadi operator sindiket penipuan dengan menghubungi mangsa di luar negara. "Saya yakin video ini disebarkan sindiket untuk menakut-nakutkan keluarga mangsa yang enggan membayar wang tebusan," katanya semalam. Menurutnya, rakaman video itu didakwa diambil sindiket di Kemboja dan ia sudah diserahkan kepada pihak kedutaan besar Malaysia di negara itu untuk tindakan lanjut semalam. Micheal berkata, berdasarkan video itu, mangsa diikat dan didera menggunakan alat renjatan elektrik berulang kali. "Saya meminta ibu bapa yang menyedari anak mereka menjadi mangsa sindiket di luar negara ini supaya segera membuat laporan polis serta menghubungi pihak biro bantuan MCA. "Saya kecewa berikutan masih ada belia Malaysia yang dikesan diperdaya dan pergi ke negara berisiko itu walaupun hebahan media sudah dilakukan. Amaran demi amaran didedahkan namun mereka masih berani mengambil risiko. "Paling menyedihkan apabila 98 peratus belia yang ditipu dan dijadikan tebusan di luar negara ini adalah belia berbangsa Cina," katanya. Menurutnya, belia negara ini menjadi sasaran sindiket antarabangsa berikutan kebanyakan mereka boleh berbahaya Inggeris, mandarin dan bahasa Melayu. "Kelebihan ini digunakan sindiket bagi memastikan penipuan online, panggilan telefon dan bentuk penipuan lain dilakukan dengan berkesan," katanya. Beliau sebelum ini mendedahkan lebih 20 kes pemerdagangan rakyat Malaysia di luar negara dilaporkan berlaku membabitkan wang tebusan sehingga RM300,000 sebagai syarat untuk melepaskan mangsa. Kesemua rakyat Malaysia berkenaan didakwa ditahan di Kemboja, Thailand dan Myanmar yang mana mangsa ditipu sindiket yang menawarkan pekerjaan dalam bidang telepemasaran dengan gaji lumayan. Michael berkata, pihaknya menerima aduan berhubung semua kes itu daripada ahli keluarga mangsa sejak awal bulan April lalu. Kuala Lumpur: Jangan sesekali akur dengan permintaan kumpulan penjenayah yang menuntut wang tebus nyawa antara RM50,000 hingga RM150,000. Itu nasihat Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berhubung kes membabitkan berpuluh remaja dan belia Malaysia yang ditawan sindiket scammer di luar negara. Sehingga kini hanya sebilangan kecil mangsa yang dibebaskan manakala masih ramai mangsa terus dikurung sindiket rentas sempadan itu. "Saya sudah berjumpa dan mengadakan perbincangan dengan Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan dan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) JSJ Bukit Aman berhubung isu ini, baru-baru ini. "Pihak polis turut menasihati keluarga mangsa supaya tidak membayar wang tebusan diminta suspek. Tindakan ini hanya akan memburukkan keadaan dan lebih ramai belia Malaysia dijadikan sasaran sindiket. "Setakat ini ada keluarga mangsa ditawan yang dikesan bertindak membayar wang tebusan diminta sindiket mencecah puluhan ribu ringgit. "Namun malang berganda apabila anak atau ahli keluarga mereka masih tidak dibebaskan walaupun selepas wang tebusan diserahkan. "Ini antara punca pihak polis dan MCA tidak menggalakkan ahli keluarga mangsa akur dengan sebarang tuntutan sindiket. Lebih malang ada ahli keluarga yang sanggup meminjam wang dari along dan menjual harta demi menyelamatkan mangsa yang ditawan," katanya. Beliau berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha sedaya upaya bagi menjejaki dalang sindiket itu di Malaysia selain menyelamatkan tawanan. Beliau berkata, pihak MCA kini sedang berusaha membawa pulang dua remaja tempatan berusia belasan tahun yang sebelum ini dikurung sindiket di Myanmar. "Remaja terbabit bagaimanapun ditahan pihak berkuasa Thailand selepas menyeberangi sempadan dan sudah dihadapkan ke mahkamah di sana. Bagaimanapun hakim membebaskan mereka selepas menyedari remaja itu menjadi mangsa sindiket. "Urusan membawa pulang mereka sedang dilakukan. Apa yang boleh dikatakan, remaja itu didera teruk ahli sindiket sebelum dibebaskan baru-baru ini," katanya. Menurutnya, orang ramai dinasihati berwaspada dan tidak mudah terperdaya dengan tawaran bergaji lumayan di luar negara. -CARI Sumber: Harian Metro
|
tri-max replied at 2-6-2022 03:40 PM
"Paling menyedihkan apabila 98 peratus belia yang ditipu dan dijadikan tebusan di luar negara ini ad ...
tri-max replied at 2-6-2022 07:40 AM
"Paling menyedihkan apabila 98 peratus belia yang ditipu dan dijadikan tebusan di luar negara ini ad ...
dua_chzy replied at 2-6-2022 05:10 PM
Cina ramai masuk polis, gomen. Tapi pangkat tinggi2 je la. Macam inspektor, ramai kot Cina.
Nak t ...
tri-max replied at 2-6-2022 09:26 AM
terpaksa la i stuju ttg cina masuk gomen bawah MOH, mmg byk muka derang dlm agensi tuhari tu gi de ...
dua_chzy replied at 2-6-2022 05:12 PM
Korang lansung tak ingat rupanya kan Cina ramai dalam MOH. Berkhidmat untuk negara bukan takat masuk ...
dua_chzy replied at 2-6-2022 05:31 PM
Aiol pernah pi pulapol tengok latihan tamat kepolisan inspektor. Agak ramai Cina ya, surprisingly, ...
melekaifc replied at 2-6-2022 09:37 AM
masuk MOH sebab terpaksa je. dah cukup time cabut la pergi private or migrate obersea
ADVERTISEMENT