NILAI - Seorang penunggang basikal maut selepas dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Axia di Jalan Temiang-Pantai di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu ialah lelaki berusia 72 tahun. "Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Axia dipandu seorang wanita berusia 26 tahun telah hilang kawalan sebelum terbabas melanggar basikal ditunggang mangsa di bahu kiri jalan. "Ketika itu Perodua Axia terbabit dipandu dari Jalan Pantai menghala ke Kajang, Selangor," katanya kepada media pada Rabu.
Menurutnya, akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Bagaimanapun katanya, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan. "Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. "Polis memohon orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 016-2895801 bagi membantu siasatan," katanya.-CARI Sumber: Sinar Harian
|
Nnoor2 replied at 2-6-2022 02:39 PM
Start dari kes ni...kerajaan negeri dah boleh ambil serius ttg ni...lebuhraya kut...ko ingat ni tama ...
emera replied at 2-6-2022 02:43 PM
Banyak penunggang basikal otak sengaja ditinggalkan kat rumah. Jalan busy yg sempit satu lane pagi ...
Nham22 replied at 2-6-2022 02:47 PM
Hilang kawalan ni subjectivela....
Tp yg ralat nya.. Terbabas langgar pakcik ni... Helok terbabas be ...
Nnoor2 replied at 2-6-2022 02:48 PM
Akak pernah lalu jln konon2 New Zealand ni waktu nk pi n9....mmg x sesuai pun depa stop tepi jln n ...
Artemesiaa replied at 2-6-2022 03:14 PM
Leka berphoto lihat pemandangan sampai tak perasan orang dah mendekat mau tak kemalangan. Sebab elo ...
Nnoor2 replied at 2-6-2022 02:39 PM
Start dari kes ni...kerajaan negeri dah boleh ambil serius ttg ni...lebuhraya kut...ko ingat ni tama ...
ADVERTISEMENT