CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wanita Hilang Sebulan Gara-Gara Kena Sihir Asap Rokok Oleh Lelaki Tua

2-6-2022 12:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1745| Komen: 1|Original author: Tatod

Gambar Hiasan


Kerana nafsu, segelintir individu sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perkara yang dihajatinya. Tanpa rasa bersalah, mereka ini tergamak menggunakan khidmat bomoh demi kepuasan sendiri tanpa memikirkan pihak lain.

Memetik kisah perkongsian oleh mStar, seorang wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Rozita menceritakan semula kejadian yang menimpa dirinya sepanjang menjadi mangsa sihir oleh seorang lelaki berusia separuh abad.

Walaupun ditundukkan dengan sihir, Rozita bagaimanapun bernasib baik kerana terlepas daripada cengkaman lelaki terbabit. Katanya, dia nekad melompat keluar dari kereta yang dinaikinya apabila dia tiba-tiba teringat ibu dan adik-beradiknya di kampung.

"Saya minta tolong daripada orang yang seadng makan di kedai dengan meminjam telefon untuk menghubungi ibu. Mujur saya masih ingat nombornya.

"Saya langsung tak ingat apa yang telah berlaku kepada saya. Rasa macam orang gila hilang ingatan," katanya.

Gambar Hiasan

Rozita sama sekali tidak tahu bahawa dia sebenarnya sudah sebulan hilang hingga menyebabkan majikannya turut membuat laporan polis serta menghubungi keluarganya di kampung untuk memaklumkan perkara itu.

Sebaik saja keluarga di kampung menerima berita itu, mereka kemudian menumpang di bilik sewa Rozita yang disediakan oleh majikan sementara mencari keberadaan wanita itu.

"Tidak lama selepas saya menghubungi ibu, dia bersama majikan sampai dan membawa saya pulang. Saya terkejut apabila diberitahu semua sedang mencari saya dan sudah sebulan saya hilang. 

"Saya terpinga-pinga melihat wajah ibu dan hanya mampu menangis apabila menatap wajahnya. Saya masih bingung dengan apa yang berlaku," katanya.


Menceritakan semula permulaan pada insiden itu, kata Rozita, tiga bulan lalu dia membuat keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur selepas salah seorang rakannya memberitahu ada pekerjaan kosong sebagai pembantu kedai.

Walaupun berat untuk meninggalkan keluarganya, namun dia terpaksa membuat keputusan itu kerana ingin menampung perbelanjaan keluarga. Tambahan pula, selepas kematian ayahnya, ibulah yang mencari nafkah buat mereka sekeluarga.

Rozita bukan hanya bersyukur kerana mendapat pekerjaan tetapi dia juga mempunyai seorang majikan yang baik dan menjaga segala keperluannya kerana tahu wanita itu tidak mempunyai saudara-mara di Kuala Lumpur.

Imbau Rozita, sebulan sebelum kehilangannya itu, ada seorang lelaki dalam lingkungan 50 tahun yang sering datang ke kedai. Walaupun lelaki itu kelihatan pelik namun Rozita tetap melayannya seperti biasa.

"Dalam sehari, tiga kali dia datang walaupun tak beli apa-apa. Ada juga terdetik di hati mengenai sikapnya yang pelik itu. Tapi saya layan seperti biasa mengenangkan dia orang tua. Macam-macam yang dia tanya sehinggalah menyentuh hal peribadi," katanya.

Sebelum Rozita 'hilang ingatan', perkara terakhir yang dia ingat adalah ketika lelaki itu meminta tolong untuk membawakan barang yang dibeli ke keretanya sebelum lelaki itu tiba-tiba menyalakan rokok dan menghembuskan asap ke wajah Rozita.


Menjalani rawatan untuk 'membersihkan' dirinya daripada sihir, Rozita menjelaskan ustaz ada memberitahu dia terkena sihir rokok yang sudah dijampi.

Kebiasaannya, rokok tersebut akan direndam dengan darah khinzir serta air kencing anjing hitam yang kemudiannya dijemur sebelum dijampi.

Antara perkara lain yang Rozita ingat adalah lelaki itu ingin memperisterikannya dan merancang untuk bernikah di Thailand. 

"Mungkin disebabkan sihir, saya jadi macam orang bodoh dan hanya ikut sahaja apa yang dia katakan malah sanggup lari dari tempat kerja tanpa beritahu apa-apa pada majikan.

"Saya sehelai sepinggang. Langsung tak bawa apa-apa termasuk beg tangan atau kad pengenalan diri," katanya.

Walaupun serik dengan kejadian itu, Rozita bagaimanapun kembali bekerja di tempat kerja lamanya dan bekerja sepert biasa. 

Disebabkan kejadian itu jugalah majikannya memasang kamera litar tertutup kerana bimbang insiden sama berulang kembali. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 5-6-2022 07:47 PM
@prettyuglybabe je yg blh sahkn berita ni sahih ke tak.......

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.081190 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top