CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terpaksa Kerja Di Pub Sebab GV7 Gagal Buat Ashira Glamour

2-6-2022 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9923| Komen: 69

Selepas dua tahun Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) berakhir, penyanyi Ashira kecewa apabila program itu tidak mampu melonjakkan namanya dalam industri seni tanah air.


Akui pada awalnya dia enggan menyertai pertandingan tersebut, Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, bagaimanapun tetap mencuba nasib dengan harapan ia kembali dikenali setelah sekian lama menyepi.


Foto: mStar

“Sebenarnya saya sudah lama tidak berhajat untuk kembali aktif dalam industri seni. Ketika menerima tawaran GV7 pun hati saya berbelah bahagi. Namun ketika itu hanya mencuba nasib untuk kembali.

“Tidaklah terlalu mengharap nama akan kembali ‘meletop’ seperti dahulu. Cuma ada sedikit rasa kecewa apabila percubaan untuk melakukan perkara yang saya minat tidak menjadi,” katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu Di Ombak Resah ini juga memberitahu dia tidak banyak menerima tawaran menyanyi selepas menyertai program tersebut seperti mana yang diharapkan.

Dalam kekecewaan tersebut Ashira terpaksa akur rezeki tidak berpihak kepadanya untuk mengekalkan momentum populariti dalam bidang nyanyian.

“Jika ada tawaran menyanyi pun hanya sekadar bertanya. Saya memang tidak menerima banyak undangan dalam mana-mana majlis. Saya faham ramai lagi artis dalam industri seni dan ini bukan rezeki saya.

“Perkara yang sama terjadi lagi kepada saya. Rezeki sebagai penyanyi bagaikan tak ‘lekat’. Dari dahulu lagi saya sudah biasa begini,” ujarnya.


Foto: mStar

Tidak mahu meletakkan harapan tinggi, Ashira dalam masa sama enggan terus meninggalkan minatnya terhadap bidang nyanyian.

Justeru dia merebut segala peluang dan menerima tawaran kerja menyanyi di sebuah restoran pub seperti mana yang dia lakukan sebelum ini.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sebelum ini memang susah hendak cari kerja. Jadi apabila ada peluang menyanyi di restoran seperti sekarang ini saya terima sahaja.

“Sebelum ini pun saya menyanyi di kelab. Ini sudah menjadi kerjaya dan saya tidak akan tinggalkan bidang nyanyian kerana minat yang mendalam,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tembikaigoreng 2-6-2022 11:54 AM
Kesian nya....
Quote Nenasketum 2-6-2022 12:06 PM
Program ini hanya untuk fefeeling good ditujukan khas pada ummah flat pprt dbkl. Sekian!
Quote sleepandream 2-6-2022 12:14 PM
yela lagu sheols pun one hit wonder jah
tapi elokla ada jua job dkt restoran/pub...
Quote slyfynx 2-6-2022 12:19 PM
AKu nk komen, tp komen aku x murni, so aku simpan sendiri je lah ye
Quote lasagna 2-6-2022 12:21 PM
so sheol bulat2 salahkan asteruk lah ni?
Quote stingerke 2-6-2022 12:40 PM
lasagna replied at 2-6-2022 12:21 PM
so sheol bulat2 salahkan asteruk lah ni?

Comprehension kau lain macam. Macam baca tajuk je.
Quote bulalof 2-6-2022 12:40 PM
salah menyalah cara escapism plg mudah.......
Quote hotmak 2-6-2022 12:49 PM
dia kata taknak join? bukan sebelum masuk keluar cerita yg kena halau dari rumah sewa sebab tak byr ke dia ni, dah tak ada rezeki dari gv, cari lah tempat lain, ramai je yg join gv sendu
Quote Incanto 2-6-2022 01:15 PM
hotmak replied at 2-6-2022 12:49 PM
dia kata taknak join? bukan sebelum masuk keluar cerita yg kena halau dari rumah sewa sebab tak byr  ...

kannn...lagi ramai yg terus sendu spt dulu

yg letopp berapa kerat saja

sbb faktor umur kot

oklah ashira...nyanyi saja lah mana mana , janji dapat duit
Quote silampumeja 2-6-2022 01:22 PM
Semalam bukak suria dgr lagu dia... Bestnye lah.... Apapun ayira, mudah2an Allah mudahkan urusanmu
Quote nawtylulu 2-6-2022 03:43 PM
selagi ada jln, ada peluang ambil jela.. jnji rezeki.
Quote Mulotkoyak 2-6-2022 04:09 PM
Xbole letak 100% kat astro aku rase. Usaha promosi diri pun kne betol. Lg satu mase competition tuh kalo biat bebetol and mng bole je kekal releven 5 tahun akan dtg. Xpeelu smp jd juara. Dpt top 2/3 pun dh ok. Yg penting kne usaha la. Ni dlm kompetition pun memain.
Quote Cintakapuri 2-6-2022 04:31 PM
bulalof replied at 2-6-2022 04:40 AM
salah menyalah cara escapism plg mudah.......

Betul tu
Quote dejure 2-6-2022 05:01 PM
Dari kau merempan mcm ni baik kau apply kerja kat fastfood atau kau meniaga nasi lemak bawah pokok tu..
Quote CapitalE 2-6-2022 05:10 PM
Dah takda kerja lain ke kat Malaysia ni?
Quote newyork 2-6-2022 05:51 PM
Dia dah bgtau taknak tinggalkan bidang nyanyian .  Lagi senang dr kena basuh pinggan kan..
Quote doubleA 2-6-2022 06:08 PM
Sebab masuk gv la dia dapat jodoh. Tapi….

Iols doakan yg baik2, semoga lebih murah rezeki, tenang dan bahagia
Quote Prickford 2-6-2022 06:14 PM
Sheolls memang takde aura. Kalau betul minat seni music, sheolls patut belajar selok belok music.
Quote dua_chzy 2-6-2022 06:32 PM
Ashira sepatutnya jadik acik gomen.

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.042697 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top