CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Acik Guard Menyamar Jadi Tentera Pangkat Tinggi Sebab Nak Pikat Janda Dalam Kem

2-6-2022 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4117| Komen: 32

TAMPIN – Kerana mahu memikat seorang anggota tentera wanita bergelar janda, seorang pengawal keselamatan sanggup melakukan jenayah dengan me­nyamar sebagai pegawai pasukan keselamatan itu.


Perbuatan suspek yang berusia 27 tahun yang masih bujang itu bagaimanapun memakan diri apabila dia diberkas di rumahnya di Rumah Rakyat Sungai Layang, Rembau dekat sini pada pukul 5.50 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, pihaknya merampas pakaian seragam tentera berserta aksesori antaranya senjata ‘airsoft’, beg yang mempunyai logo pasukan keselamatan dan sepasang gari.


Foto: Kosmo


“Hasil soal siasat, lelaki tersebut mengaku terbabit dalam kes menyamar sebagai pegawai tentera di Kem Batalion Kedua, Rejiman 508, Askar Wataniah, Kem Tampin di sini.

“Suspek melakukan kesalahan itu pada 8 Disember 2018,” kata­nya.

Menurut beliau, siasatan mendapati suspek menyamar sebagai pegawai berpangkat kolonel dalam Grup Gerak Khas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Suspek masuk ke kawasan kem atas urusan ingin berjumpa dengan pegawai berpangkat Sarjan Mejar dan Penolong Pegawai Memerintah.

“Bagaimanapun, lelaki itu gagal menunjukkan kad identiti ATM selepas diminta berbuat demikian,” ujarnya.

Suspek yang bekerja sebagai jaga di Pedas dekat sini berkenalan dengan seorang janda yang berkhidmat sebagai tentera di kem tersebut pada 2018.


Foto: Kosmo

“Suspek mahu membuktikan kepada wanita itu bahawa dia seorang pegawai berpangkat tinggi dalam ATM,” katanya.

Jelas beliau, suspek membeli pakaian seragam tersebut daripada seorang anggota tentera yang lari daripada tugas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.

Difahamkan, suspek pernah tular di media sosial sebelum ini kerana berpakaian tentera dan orang ramai terutama anggota serta pegawai tentera yang bertugas di kem diminta agar berhati-hati kerana bimbang individu itu turut memasuki kem lain. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Vermell 2-6-2022 10:00 AM
Umur 27 pangkat kolonel
phewwww
Quote renko 2-6-2022 10:00 AM
hahahahahahahhahaha sial la jaga ni
Quote kelip2_07 2-6-2022 10:17 AM
nie namanye jaga lbh sudu dr kuah mcm yg jd disesetgh tmpt smpai bergaduh ngan org..fefeeling polis @askar
Quote musangbodoh 2-6-2022 10:19 AM
errrr pe kabar janda tu....
Quote copy_paste 2-6-2022 10:25 AM
biasenye kalo pangkat kolenal ni paling muda pun pertengahan usia,bukan muda mudi, kalo 27 tu selalunye leftenan muda je
Quote CARI-MRO 2-6-2022 10:42 AM
TAMPIN – Kerana mahu memikat seorang anggota tentera wanita bergelar janda, seorang pengawal keselamatan sanggup melakukan jenayah dengan me­nyamar sebagai pegawai pasukan keselamatan itu.


Perbuatan suspek yang berusia 27 tahun yang masih bujang itu bagaimanapun memakan diri apabila dia diberkas di rumahnya di Rumah Rakyat Sungai Layang, Rembau dekat sini pada pukul 5.50 petang kelmarin.


Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, pihaknya merampas pakaian seragam tentera berserta aksesori antaranya senjata ‘airsoft’, beg yang mempunyai logo pasukan keselamatan dan sepasang gari.




Foto: Kosmo




“Hasil soal siasat, lelaki tersebut mengaku terbabit dalam kes menyamar sebagai pegawai tentera di Kem Batalion Kedua, Rejiman 508, Askar Wataniah, Kem Tampin di sini.


“Suspek melakukan kesalahan itu pada 8 Disember 2018,” kata­nya.


Menurut beliau, siasatan mendapati suspek menyamar sebagai pegawai berpangkat kolonel dalam Grup Gerak Khas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


“Suspek masuk ke kawasan kem atas urusan ingin berjumpa dengan pegawai berpangkat Sarjan Mejar dan Penolong Pegawai Memerintah.


“Bagaimanapun, lelaki itu gagal menunjukkan kad identiti ATM selepas diminta berbuat demikian,” ujarnya.


Suspek yang bekerja sebagai jaga di Pedas dekat sini berkenalan dengan seorang janda yang berkhidmat sebagai tentera di kem tersebut pada 2018.




Foto: Kosmo




“Suspek mahu membuktikan kepada wanita itu bahawa dia seorang pegawai berpangkat tinggi dalam ATM,” katanya.


Jelas beliau, suspek membeli pakaian seragam tersebut daripada seorang anggota tentera yang lari daripada tugas.


Kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.


Difahamkan, suspek pernah tular di media sosial sebelum ini kerana berpakaian tentera dan orang ramai terutama anggota serta pegawai tentera yang bertugas di kem diminta agar berhati-hati kerana bimbang individu itu turut memasuki kem lain. -CARI


Sumber: Kosmo
Quote rikiruj 2-6-2022 10:45 AM
Nak menyamar tapi bodo… 27 dah kolonel… yg leftenan kolonel nak naik kolonel pun lama..
Quote tri-max 2-6-2022 10:53 AM
adakah "catch me if u can" tak sempat nak final ending ??? ...
Quote Decaffeinated 2-6-2022 10:53 AM
Difahamkan, suspek pernah tular di media sosial sebelum ini kerana berpakaian tentera

Patutlah rasa macam dejavu
Quote Decaffeinated 2-6-2022 10:55 AM
Kesalahan 2018 sekarang baru nak tangkap? Ka aku silap baca
Quote annehuda 2-6-2022 10:57 AM
camne janda pun bleh duduk dlm kem ye? bkn ke cuma tentera dan family diorg je bleh duduk dalam berek tu?
Quote hotmak 2-6-2022 11:12 AM
ke sana ke sini dok sebut janda janda yg salah jaga tu, tapi dok highlight janda, tah apa2
Quote renko 2-6-2022 11:23 AM
annehuda replied at 2-6-2022 10:57 AM
camne janda pun bleh duduk dlm kem ye? bkn ke cuma tentera dan family diorg je bleh duduk dalam bere ...

Suspek yang bekerja sebagai jaga di Pedas dekat sini berkenalan dengan seorang janda yang berkhidmat sebagai tentera di kem tersebut pada 2018.


ni dari berita
Quote ally9970 2-6-2022 12:27 PM
sama kes dgn post yg satu lagi ke? Kalau sama, pangkat yg dia pakai tu leftenan, bukan lah leftenan kolonel
Quote AbukRokok 2-6-2022 12:28 PM
cinta itu buta
lautan api sanggup kurenangi

oh janda kahwinlah dgn dia....dia sanggup buat apa saja.... dia ada efforts

bukankah kebanyakan perempuan mengeluh kebanyakan lelaki xde efforts?
Quote bulalof 2-6-2022 12:31 PM
mudah terpedaya sebab ramai yg x cerdik.
Quote mejaputih 2-6-2022 12:38 PM
annehuda replied at 2-6-2022 10:57 AM
camne janda pun bleh duduk dlm kem ye? bkn ke cuma tentera dan family diorg je bleh duduk dalam bere ...

rasanya janda tu adalah anggota tentera gak kot.
Quote KamikuP 2-6-2022 01:53 PM
Caner muka si sepol tu adakah mcm wartawan cari?
Quote saviour_09 2-6-2022 03:04 PM
penangan janda

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.298462 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top