CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nadzim Adzham Tak Nak Tumpang Glamour Nadzmi Adhwa Dan Ardell Aryana

2-6-2022 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4509| Komen: 30

Adik kepada pelakon dan pengacara, Nadzmi Adhwa iaitu Nadzim Adzham, 26, sedar sejak menceburi bidang seni, dia sukar mengikis tanggapan orang yang sering mengaitkan dirinya dengan Adhwa.


Menurut Nadzim yang kini berjinak-jinak dalam dunia pengacaraan di saluran Didik TV, dia sedaya upaya mahu berdiri di atas kaki sendiri tanpa menumpang nama abang kandung mahupun kakak iparnya, Ardell Aryana yang juga merupakan seorang pelakon dan selebriti tempatan.

Foto: IG

“Saya percaya, kalau nak berjaya, kena bermula daripada bawah dulu. Memang orang kata senang dan saya ini bertuah sebab ada abang dan kakak dalam bidang yang sama. Tapi kalau boleh tak naklah tumpang populariti mereka.


“Itu pun antara pesanan yang diberikan oleh abang semasa saya mula-mula nak masuk industri ini. 

“Abang saya pun, masa mula-mula menceburi bidang ini melalui fasa yang tak mudah. Dia pun bermula dari bawah. Jadi saya kenalah berdikari, yang penting kena pandai bawa diri,”katanya.



Mengaku meminati dunia lakonan, kata Nadzim, setakat ini tawaran yang datang padanya lebih terarah pada bidang pengacaraan namun dia tidak pernah meletakkan had untuk fokus cuma pada satu bidang semata.

“Kalau boleh saya nak berlakon. Tapi belum ada tawaran yang sesuai lagi. Saya pun nak cuba semua, termasuk bidang peragaan.

“Saya punya minat sebenarnya cenderung kepada dunia lakonan. Tapi mungkin belum ada rezeki lagi. Tapi ia tidak membuatkan saya mudah berputus asa,”katanya.



Selain itu, ditanya sama ada dia setuju jika dikatakan langkahnya dalam bidang ini kerana mahu lekas popular atau meraih kesenangan mudah, Nadzim menolak dengan baik.

“Bidang seni senang nak buat duit? Bolehlah dikatakan begitu. Tetapi saya percaya itu semua akan berlaku jika kita berusaha keras dan komited dengan kerja yang dilakukan.




“Contoh saya di depan mata tentulah abang dan kakak ipar saya. Mereka punya laluan pun tak mudah untuk berada di tahap sekarang. 

“Kemudian berniaga pula itu, saya benar-benar kagum dengan ketabahan mereka,”katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EncikRhoma 2-6-2022 10:55 AM
Abang dgn kakak ipar kau tu popular ke kalau nak tumpang glamour pun?
Quote Bholatchomel 2-6-2022 11:03 AM
tak yah risau dik... semua pun tak glamer.. tak der pencapaian yang blh dibanggakan pun
Quote ninnamina 2-6-2022 11:03 AM
kata tak nam tumpang glamour, tapi belum apa2 dah ko claim nama abg and akak tu
Quote Nenasketum 2-6-2022 11:04 AM
Adeh..... budak jual burger otai kat rumah aku lagi helok, cermin kat rumah retak ke?
Quote Mademoisellee 2-6-2022 11:04 AM
Geli geli je statement
Quote annadonna 2-6-2022 11:07 AM
Muka pun begitulah..
Quote deebiz14 2-6-2022 11:16 AM
Errrmmm....
Mati2 ingat ade rambut sruper ker ... skali haus.

Quote dekmieDandy 2-6-2022 12:10 PM
abang kau tu dulu famous sebab rambut kembang dengan badan dia time tu sedap sikit jer

ni dah khawin tak laku dah
Quote slyfynx 2-6-2022 12:18 PM
Korang ialah sape?
Sumbangan dalam industri ape?
Quote adelea 2-6-2022 01:46 PM
Tolong la rajin sikit tgk cermin and dah ukur baju di badan sendiri dekkkk ....

Ameng sambal debab tu pon lagi ada rupa dr kau nihhh
Quote Addrianna 2-6-2022 02:24 PM
Kalau bibir tebal tu x payah lah zoom in nak di post kat ig geli
Quote kiah_mai_pulak 2-6-2022 02:29 PM
tkda rupa retis pun deknonnn....xyahh lah beeeeeerangan nk jadi retis
Quote SherryZass 2-6-2022 02:30 PM
Masalahnya abang dengan kakak ipar engko tu, tak glamour pun nak ditumpang dek.
Quote adeqbun 2-6-2022 03:28 PM
Mslhnye muke x komersial lgsg
Quote Kepot 2-6-2022 03:28 PM
hahahhahahahha xjd nk komen lepas baca koemn sume di atas
Quote nawtylulu 2-6-2022 03:35 PM
EncikRhoma replied at 2-6-2022 10:55 AM
Abang dgn kakak ipar kau tu popular ke kalau nak tumpang glamour pun?

hahaha terfikir bnde sama..
Quote auntyonion 2-6-2022 03:53 PM
Alamak tuan..masalahnya abg dgn kaka ipau dia pn di fofulaler camne nak tumpang
Quote makton 2-6-2022 04:03 PM
engkau ni sape nyahhh? tak kenal pun
Quote chekacheku 2-6-2022 04:23 PM
Alamak rupa xleh jual dik...

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.037711 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top