CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Untungnya Kahwin- Dapat Hantaran RM90 Ribu, Barang Kemas, Tanah Sawah, Pembiayaan Pengajian, Bilik Pameran Kereta

2-6-2022 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1321| Komen: 1

JAKARTA – Seorang lelaki dari Bone, Sulawesi Selatan menjadi tular kerana melamar teman wanitanya dengan memberikan hantaran mewah berupa wang tunai berjumlah 300 juta rupiah (RM90,564), satu set barang kemas, sebidang tanah sawah, pembiayaan pengajian serta sebuah bilik pameran kereta beserta kenderaan di dalamnya.


Menurut laman berita Detik, lelaki bernama Dical Arfandi itu hanya menyerahkan wang tunai dan set barang kemas kepada Andi Besse Qurrata Ayyun dalam acara peminangan yang berlangsung pada Khamis lalu.

Hantaran-hantaran lain seperti bilik pameran kereta, kenderaan, pakaian pengantin dan wang pembiayaan pengajian akan diberikan secara persetujuan khas.


Foto: Detik


“Kami akan melakukan sesi pemberian hantaran lain dalam suasana tertutup. Ketika acara peminangan, saya sudah jelaskan kepada ibu bapa Andi bahawa kami akan menyerahkan bilik pameran beserta kereta di Jalan Sultan Hasanuddin kepadanya.

“Disebabkan Andi akan menjadi anak saya juga, saya akan membiayai semua pengajiannya,” kata bapa Dical, Suradi.

Perkahwinan antara kedua-dua pasangan tersebut dijangka berlangsung pada 17 September ini. 

Dical merupakan pelajar semester empat Universiti Negeri Makassar manakala Andi ialah pelajar Universiti Hasanuddin.

Kedua-dua mereka juga dikatakan tidak bercinta, namun hanya pernah bertemu sebanyak beberapa kali. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 2-6-2022 10:21 AM
terbaik lh indonzzzzz....

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.149533 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top