Khabar angin yang seakan tidak berhenti mengaitkan pelakon Afiqah Ishak sebagai punca keruntuhan rumah tangga Azri Iskandar dan Ellie Suriaty menyebabkan aktres itu akhirnya tampil menafikan segala dakwaan netizen terhadap dirinya.
"Saya kenal Abang Azri di lokasi penggambaran. Saya tak pernah kenal dia pun sebelum ini. Dia ada beritahu yang kami sudah dua tahun berkawan di Facebook tetapi kami tidak pernah bertukar nombor apa lagi saling menghubungi.
"Tiba-tiba, ada yang hantar gambar screenshot artikel yang mendakwa Abang Azri sudah ada pengganti. Kenapa eh saya yang kena?" katanya dalam temu bual bersama HLive semalam.
Afiqah turut menjelaskan bahawa gambar yang disebarkan itu adalah gambar yang akan digunakan untuk prop.
"Gambar itu Abang Azri yang ambil sebagai prop. Nampak macam saya pegang telefon tetapi sebenarnya dia yang ambil gambar.
"Sebab itulah saya buat cover report dahulu supaya SKMM boleh turunkan posting mengenai saya yang dimuat naik," katanya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My