CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kes Mahkamah Dengan Bekas Kakak Ipar Beri Kesan Pada Karier, Ali Puteh Dua Tahun Tiada Job

2-6-2022 09:30 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 19768| Komen: 190|Original author: Tatod


Episod 'perang' yang tercetus antara pelawak Ali Puteh dengan balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali memberikan impak besar kepada perjalanan kerjayanya sebagai anak seni. 

Pemilik nama sebenar, Syed Ali Mubarak Syed Ridzuan Al Juffrey yang juga adik kepada arwah Abam itu turut mendedahkan dia tidak menerima banyak tawaran kerja dan ada antaranya juga yang dibatalkan pada saat akhir.

Kata Ali, 33, dia menjalani kehidupan sukar dan hanya bertahan dengan wang simpanan sendiri bagi menyara perbelanjaan keluarga.



"Dari awal kes itu mendapat perhatian, memang banyak job saya dibatalkan. Selain itu, saya juga tidak menerima banyak tawaran kerja sepanjang tempoh dua tahun kebelakangan ini.

"Saya bergantung pada duit simpanan untuk menyara keluarga. Saya harus berjimat-cermat kerana ada anak yang sedang membesar. Bagaimanapun, syukur kerana segala kelengkapan masih mencukupi," katanya kepada mStar.

Mengakui tertekan dengan situasi yang dilaluinya, dia bagaimanapun terpaksa kuat demi kehidupan dan harus menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Ali juga enggan menyalahkan mana-mana pihak dan menganggap apa yang berlaku sebagai ujian untuk memperbaiki diri sendiri.


"Memang agak tertekan sebab saya ada tiga orang anak. Ketika arwah masih hidup pun saya juga menanggung kos rawatan perubatan. Saya kata pada isteri agar sentiasa percaya rezeki akan datang satu hari nanti.

"Saya tidak mahu salahkan sesiapa. Saya letak semua kesalahan kepada diri sendiri. Mungkin ini adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa dahulu. Allah jentik saya dengan ujian sebegini," katanya.

Dalam pada itu. Ali juga menyatakan kesediaannya untuk bersemuka dengan Hidayah bagi menyelesaikan segala kemelut yang tercetus antara mereka.

Namun, Ali tidak mahu ada pihak yang sengaja menjadikan kisah mereka berbaik sebagai bahan untuk tontonan umum.

Sumber Kosmo Online

"Ada stesen televisyen yang ingin temukan kami tetapi bagi saya kalau ingin berdamai tidak perlu diberitahu kepada umum. Biar saya buat sendiri.

"Dia juga boleh berjumpa saya untuk selesaikan segala masalah berkaitan dokumen bagi tuntutan faraid," jelasnya.


Imbas semula, Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas. 

Pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berkaitan kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagram miliknya yang mendakwa dirinya sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.

Selepas hampir dua tahun turun naik mahkamah, pada Februari lalu mahkamah akhirnya memutuskan Hidayah memenangi kes tersebut dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote teky 2-6-2022 09:35 AM
masih sombong... layak laa...
Quote lasagna 2-6-2022 09:43 AM
itu ler cakap besar.. tak menyalahkan siapa, tp ayat kau menuju kat ipar sndri. byk benda boleh buat jd keje, tp nmpk jer dia ada undangan jd host laa apa laa ok jer tgk, dapat masuk MLM dpt no. 2 aritu.
Quote Fly_over 2-6-2022 09:46 AM
kata nk buat rayuan tu xjadi ek?
Quote cruz2 2-6-2022 09:50 AM
Ayat tulisan wartawan tu kata2 dr mulut si ali ni ke? Dari pemahaman acik, tiada tanda2 keinsafan, tiada perasaan rendah diri lg dia ni.org yg dlm kesusahan, dh redha, nk sambung blk silaturrahim bkn gini nadanya..btw, apa perkembangan kes saman tu? Si ali masih nk buat rayuan kat makamah @ dh selesai byr kat dayah jumlah yg ditetapkan mahkamah tu?
Quote arffa 2-6-2022 09:57 AM
kerana mulut badan binasa. kau cakap macam ni pun macam nak salahkan hidayah. bab kos perubatan mak tu baru tau kan dulu harap abam je yang settle kan. cash menganiaya anak yatim.
Quote HappyGumbira 2-6-2022 09:57 AM
meluat ye manusia terpaling ni. high level sgt ke jd artis? xboleh buat kerja lain(beside jual daging tu) . pdhal b4 tu jadi jaga jugak. bukan dr lahir jd artis. amirul afendi tu elok je bela kerbau, buat patin sangkar. xde plak melalak2 xde tawaran la apa. lakonan heols dah la mantop.
Quote seri_melati 2-6-2022 09:57 AM
harap jadik iktibar & putihkan hati tu dulu, pegi minta maaf kat kak ipar. Ni ada ke suh kak ipar pegi jumpa dia bincang dokumen faraid, apa salahnya mudahkan urusan kak ipar & anak buah..
Quote akuMNdia 2-6-2022 10:12 AM
sorry..ati aku yg itam ni rasa dia saja up cerita ni utk tarik simpati jer..
Quote meah_kelabu 2-6-2022 10:17 AM
sikit-sikit la tu kifarah datang
doa2 org teraniya ni lagi2 anak yatim tu diangkat yaa
dekat dunia pn allah dah tunjuk sekarang
Quote brunesss 2-6-2022 10:22 AM
aku tak simpati tapi aku nak padankan je muka dia. tu lah kan kerana mulut badan binasa, kau ingat kau tu siapa ali ali ~
Quote abangadek 2-6-2022 10:25 AM
Kak ipar jugak disuruh dtg jumpa dia bwk dokumen faraid.. ghahahahahha mana insafnya dia ni.. bolayan ja dayah org camni
Quote epal_putih 2-6-2022 10:29 AM
kalau time pergi dulu
dia ni dok diam2
pakat2 jaga anak abam
orang pon akan respect lebih
neh siap saman bagai.. orang pon nyampah
Quote Note8687 2-6-2022 10:29 AM
Dia nak masuk rancangan pape ke ni? Beria sgt drama sedih. Ke dah jadi anak didik jijan seman?
Quote KamikuP 2-6-2022 10:32 AM
Ini contoh yg sesuai hati hitam seiring ngan warna kulit
Quote teky 2-6-2022 10:40 AM
kali ni da xleh nak tutup dengan jubah.. ehh..ehh...
Quote mizruncing 2-6-2022 10:41 AM
dah jadi mcm ni pon still mendongak ke langit lagi.. sudah2 laa nk tegakkan benang yg basah. rasa byk duit menang sblm ni. kaya kannnn. sbb tu mampu nk saman2 org ni
Quote azie5zoe 2-6-2022 10:52 AM
Yang kau aniaya tu anak yatim, anak sedara ko sendiri. Tu pun masih kembang kuncup kembang kuncup jugak hidung tu.
Quote MadameOnion 2-6-2022 10:52 AM
cash cash cash cash cash
Quote tipah89 2-6-2022 10:56 AM
cash. pic baju merah tu, terserlah keyindonan bini he ols

Lihat semua komen(190)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.040747 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top