Percaya atau tidak, walaupun kini kita sudah melangkah ke pertengahan tahun 2022, namun masyarakat kita masih ada mempunyai tanggapan negatif dan stereotaip terhadap status janda atau single mom. Selain itu, masyarakat kita juga dikatakan 'berat sebelah' dengan memandang rendah ke atas golongan janda berbanding duda.
Baru-baru ini, tular video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Farah Idzarra. Di sebalik senyumannya yang manis, tersimpan pelbagai kisah duka dalam hati wanita ini. Menerusi posting itu, wanita ini menceritakan bahawa tarikh 31 Mei yang lalu sepatutnya menjadi hari bahagia buatnya dan calon suami. Tetapi semuanya hancur kerana campur tangan keluarga.
Tambah wanita ini, pihak keluarga sebelah lelaki tidak merestui hubungan mereka hanya kerana dia memegang status sebagai ibu tunggal kepada seorang anak. Namun Farah akui dia reda dengan keputusan keluarga lelaki tersebut, malah dia juga mendoakan agar bekas pasangannya bahagia dengan calon isteri yang diterima oleh keluarganya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan nasihat dan kata-kata semangat kepadanya. Selain itu, ada juga yang turut berkongsikan nasib yang sama sepertinya. -CARI