Biasanya kalau kita pergi ke kedai makan, pasti ada pekerja kedai makan akan mengeluarkan pen ataupun pensel dan kertas untuk mengambil pesanan pelanggan. Baru-baru ini, ada video tular di TikTok yang memaparkan seorang pak cik di gerai makan mengambil pesanan dengan menggunakan pensel gergasi. Difahamkan, pelanggan yang merakam pak cik dan pensel gergasi itu mendapat perhatian orang ramai kerana mereka amat terkejut dengan saiz pensel tersebut dan pak cik itu mengambil pesanan seperti biasa. Melihat di komen pula, ramai yang berkata pak cik beli pensel gergasi itu di kedai pembaikan rumah iaitu DIY, dan ada juga yang berkata pensel gergasi itu mudah dilihat dan tidak senang hilang. -CARI |
ADVERTISEMENT