Ramai rakyat Malaysia di sekitar Lembah Klang selalu merungut tentang servis KTMB yang semakin teruk sejak kebelakangan ini, dan baru-baru ini, Twitter rasmi KTMB telah mengeluarkan kenyataan tentang isu kekurangan kekerapan komuter. Menurut kenyataan tersebut, penggunaan KTM Komuter itu masih rendah dan belum dioptimumkan sepenuhnya kerana ramai orang awam tidak menggunakan perkhidmatan komuter. Selain itu, KTM Komuter juga berkata mereka sedang mempertingkatkan frekuensi ketibaan komuter itu dan dijangka akan diselesaikan dalam masa lima tahun. Difahamkan, ramai netizen tidak berpuas hati dengan kenyataan KTMB tersebut kerana ramai orang menggunakan pengangkutan awam serta tren sentiasa penuh ketika waktu puncak. Tambahan pula, netizen turut mengatakan bahawa jika hujan atau berlakunya banjir, operasi akan tergendala dan para pengguna perlu mencari alternatif lain. Loading FB Post... Sekadar info, perkhidmatan pengangkutan awam komuter yang menggunakan enam set koc di Lembah Klang mampu memuatkan 856 penumpang termasuk yang berdiri dan berduduk. -CARI |
ADVERTISEMENT