CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Masuk Tandas Wanita, Mengaku Ada Fetish Dengan Kasut

1-6-2022 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1788| Komen: 6

KUALA LUMPUR – “Saya ada masalah fetish”, demikian pengakuan seorang lelaki yang juga jurutera perisian yang dipenjara tujuh hari dan didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menceroboh tandas wanita dan memiliki video lucah dalam telefon bimbit.


Sebelum hukuman dijatuhkan Majisret Nadia Othman bertanya kepada tertuduh Lai Wah Onn, 26, mengapa dia bertindak demikian (masuk tandas wanita) dan tertuduh kemudian menjawab ingin merakam muka dan kasut perempuan dari atas.

“Kamu buat untuk apa? (ambil gambar) soal Majistret. “Saya ada masalah “fetish”, jawab tertuduh. Fetish bermaksud keghairahan nafsu seksual terhadap sesuatu benda.


Gambar Hiasan


Terdahulu mengikut pertuduhan pertama tertuduh didakwa melakukan pencerobohan dalam tandas wanita dengan memasuki yang mana ia digunakan untuk kegunaan wanita sahaja.

Bagi kesalahan itu, pertuduhan dikemukaka mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Sementara pertuduhan kedua tertuduh didakwa dalam milikannya bahan-bahan lucah iaitu video yang didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di tingkat 10 sebuah bangunan Jalan Sultan Ismail di sini pukul 6.15 petang pada 30 Mei lalu (2022).

Bagi pertuduhan pertama mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari dan denda RM2,000 manakala pertuduhan kedua jumlah penjara sama dan denda RM800.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu  berjalan serentak dan sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dipenjara lagi selama tiga bulan dan tertuduh membayar jumlah denda berkenaan.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman denda kerana merupakan kesalahan kali pertama selain turut mengatakan ingin mendapatkan rawatan psikitri.

Bagaimanapun pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafiezah Mohamed Fauzi memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Sejurus selepas hukuman hukuman dijatuhkan, Majistret Nadia memberi amaran supaya tidak mengulangi kesalahan sama kerana mahkamah memandang serius kesalahan tersebut. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 1-6-2022 04:26 PM
Buruknya perangai sepatutnya dihukum lebih berat lagi
Quote rosedemon 2-6-2022 09:25 AM
jilat kasut ke
Quote venom1 2-6-2022 09:39 AM
Fetish ni banyak jenis...tapi tumpuan memang ke arah perempuan dan seks. Tak dapat orangnya dapat barang pun boleh memuaskan nafsu. Kasut, kain tudung, tuala, lingerie dan macam2 lagi
Quote Samerosie 2-6-2022 09:52 AM
Fetish kasut kau masuk la kedai kasut kenapa masuk tandas perempuan pulak.
Quote kelip2_07 2-6-2022 10:14 AM
ade org fetish pkai bra ngan spender pompuan wlpn bergelar saumi org
Quote dekmieDandy 2-6-2022 11:27 AM
ouu mengaku mental illness gittew

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.131178 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top