Seorang wanita meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan rakan baik suaminya yang didakwa sangat melamau. Menurutnya, rakan suaminya untuk sangat mengada-mengada sehingga dia dan suami tiada masa untuk meluangkan masa bersama.
Kisah berkenaan dikongsikan di akaun Twitter TwtWedding. Menurut wanita berkenaan, dia baru sahaja berkahwin dengan suaminya dan sekarang ini sedang hamil anak pertama. "Saya bukan nak meluahkan pasal suami, saya nak cerita pasal ‘kawan baik’ suami saya. Orangnya terlalu mengada. Dia memang lama dah berkawan dengan suami saya. Kawan waktu susah senang katanya."
Buntu bila memikirnya adalah rakan suaminya itu seperti tiada sikap bertimbang rasa kerana sering mengajak suaminya keluar bersama. Suaminya pula seorang yang sukar untuk mengatakan ‘tidak’ setiap kali rakannya mengajaknya keluar. "Dia dengan suami saya satu tempat kerja, so hari-hari lah saya dengar dia complaint pasal tempat kerja sampai saya jadi rimas dengar. Bayangkan waktu kerja dah jumpa suami saya, balik kerja ajak suami lepak pulak." "Suami saya banyak kali juga cakap tak nak lepak kat dia tapi dia jenis tak faham bahasa. Dia boleh cakap ‘bro tak apa kita boleh lepak depan rumah kau’. Lebih menyakitkan hati wanita ini lagi apabila rakan suaminya itu seperti tiada rasa malu datang ke rumah untuk melepak. Malah, beberapa hari lalu dia dan suaminya ada masalah rumah tangga dan mengajak si suami untuk berbincang selepas mereka pulang bekerja. "Baru je berhadapan dengan suami kat rumah, tiba-tiba mamat tu buka pintu rumah bawa kawan mereka lagi seorang. Lepas tu ajak suami saya keluar makan. "Ya Allah rasa marah betul masa tu. Bila dah habis lepak tu saya bergaduh lah dengan suami kenapa bagi kawan tu datang waktu kita nak bincang masalah." Baca lagi: Dalam pada itu, dia turut menasihatkan kepada kawan-kawan baik di luar sana agar mengetahui batas antara rakan sendiri. Tidak kira mereka sudah berkahwin dari zaman sekolah atau dari kecil tetapi apabila rakan itu sudah mendirikan rumah tangga, tolong hormati hidup rakan terbabit. "Jangan jadi punca pergaduhan kehidupan suami isteri kawan kamu. Saya harap kalau kamu baca ni, kamu akan terasa dan sedar bahawa kamu dah menganggu sedikit hidup saya dansuami. Saya merayu sangat supaya kamu sedar." -CARI
|
chinta89 replied at 1-6-2022 03:49 PM
laki kau tu yg kena bertegas sebenarnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ADVERTISEMENT