Mak Wan Latah dikecam gara-gara videonya berjoget sambil menyanyi karaoke baru-baru ini. Ada yang mendakwa perangai tak senonoh seperti ini mungkin menjadi punca diceraikan suami.
Namun pelakon ini kata karaoke mrupakan salah satu cara dirinya melepaskan tekanan selepas penat bekerja. "Salah ke saya karaoke? Itu adalah video lama dan memang saya suka berkaraoke. Bila tertekan selepas shooting saya berkaraoke. Ada ke hukum yang katakan salah? "Saya tidak usik sesiapa pun, jadi kenapa nak marah? Saya buat hanya untuk gembirakan diri sendiri.
"Tolonglah jangan suka kecam orang lain. Cukup-cukuplah tu," katanya seperti dipetik di mStar Online. Mak Wan juga memohon netizen agar tidak cepat meletakkan hukum dan mengecam. "Hati kita jangan hitam... Jangan menghukum seseorang disebabkan dia sudah bercerai. "Itu semua adalah perancangan Allah. Kita tidak boleh melawan takdir." Mak Wan mendirikan rumah tangga dengan Husain Dolah pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak. Perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila Husain melafazkan cerai terhadap Mak Wan dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 21 April. -CARI |
ADVERTISEMENT