CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sazali P Ramlee Buntu Bakal Hidup Susah, Bayaran Royalti Tamat Tahun Depan

1-6-2022 12:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14534| Komen: 133

"Kalau duit royalti sudah tiada kehidupan saya dan isteri akan susah," kata anak Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sazali, 63, yang kini buntu apabila kontrak royalti lagu karya bapanya yang diperoleh daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP) bakal tamat tahun depan.


Sazali berkata, bantuan bulanan diterima daripada Pusat Zakat Selangor (PZS) sebanyak RM400 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM500 tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan kesihatan dia dan isterinya, Hamidah Hitam.

"Sejak pandemik Covid-19 melanda negara jumlah royalti yang saya terima makin berkurang. Jujurnya saya masih berharap kontrak royalti MACP akan bersambung kerana saya bergantung dengan perolehan berkenaan yang diterima sekali dalam setahun.



"Saya ada bertanya kepada pihak MACP mengenai perkara ini, tapi mereka memaklumkan terdapat perjanjian yang dibuat di mana kontrak royalti MACP itu hanya boleh diperoleh selama tempoh 50 tahun selepas kematian P Ramlee.

"Selama ini, saya bergantung hidup dengan duit royalti itu untuk buat beli barangan dapur, pengangkutan ke hospital, rawatan fisio kaki yang cedera akibat kemalangan, temujanji dengan doktor setiap tiga bulan kerana menghidap asma dan darah tinggi serta penyakit tulang belakang yang dihidapi isteri.

"Saya nak minta tolong dengan siapa sebab sekarang ini semua pun susah. Saya tak boleh buat apa-apa kalau tahun depan kontrak tamat dan sudah tidak terima wang royalti yang menjadi kegunaan utama selama ini," katanya.

Menurut Sazali, disebabkan kontrak royalti MACP bakal tamat tahun depan, dia menyeru mana-mana pihak untuk tampil membantu dirinya dan isteri meneruskan kehidupan.

"Kalau ada yang boleh bantu secara bulanan saya sangat menghargainya. Nilainya tidak perlu tinggi pun, cukuplah sekadar saya dan isteri dapat meneruskan kelangsungan hidup. Kami berdua sudah tidak kuat untuk bekerja.

"Tidak dinafikan sebelum ini memang ada individu yang beritahu mahu membantu saya dengan memberikan wang bulanan, tapi sampai sekarang senyap. Buat masa ini, saya berjimat-cermat dengan duit bantuan yang diterima. Saya teruskan hidup dengan duit yang ada sekarang," katanya.

Terdahulu selepas Allahyarham meninggal dunia pada 29 Mei 1973, royalti daripada karya lagu itu yang diurus MACP diperoleh isterinya, Allahyarham Puan Sri Saloma. Selepas Saloma meninggal dunia pada 25 April 1983, royalti daripada MACP itu diberikan pula kepada anak P Ramlee, Allahyarham Nasir yang sepakat membahagikan perolehan diterima kepada beberapa waris lain.

Apabila Nasir meninggal dunia pada 23 November 2008, kontrak royalti MACP itu boleh diperoleh selama tempoh 50 tahun selepas kematian P Ramlee.

Oleh itu, dari 1973 sehingga tahun ini, kontrak royalti itu sudah berlangsung selama 49 tahun dan kini berbaki kira-kira setahun saja lagi untuk tamat.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote princessmiang 1-6-2022 12:54 PM
Anakku Sazali dengarlah
Lagu yang ayah anda karangi
Sifatkan laguku hai anak
Sebagai sahabatmu nanti

Anakku Sazali juwita
Laguku jadikan pelita
Penyuluh di gelap gelita
Pemandu ke puncak bahagia

Andainya kamilah kembali
Menyahut panggilan Ilahi
Laguku biarlah ganti
Dijiwamu hidup abadi
Biarlah temanmu sejati
Menjagamu wahai Sazali

Anakku Sazali dengarlah
Lagu yang ayah anda karangi
Sifatkan laguku hai anak
Sebagai sahabatmu nanti

Andainya kamilah kembali
Menyahut panggilan Ilahi
Laguku biarlah ganti
Dijiwamu hidup abadi
Biarlah temanmu sejati
Menjagamu wahai Sazali

Anakku Sazali dengarlah
Lagu yang ayah anda karangi
Sifatkan laguku hai anak
Sebagai sahabatmu nanti
Hm hm

Quote kaishi 1-6-2022 01:00 PM
Maaflah, aku tak tahu sgt
Tp anak2 ada tak ?
Anak2 dia x bkerja ke ?
Selama bertahun ni makan royalti tu xde ke kembangkan duit buat bisness ke ape ke.

Maaf yer... Aku tnye je ni, sbb blur pula aku tetibe
Quote maxim 1-6-2022 01:06 PM
kaishi replied at 1-6-2022 01:00 PM
Maaflah, aku tak tahu sgt
Tp anak2 ada tak ?
Anak2 dia x bkerja ke ?

mmg dorg xde anak
Quote orkidorkido 1-6-2022 01:11 PM
kaishi replied at 1-6-2022 01:00 PM
Maaflah, aku tak tahu sgt
Tp anak2 ada tak ?
Anak2 dia x bkerja ke ?

Iols pun terfikir benda yang sama
Dia dapat 2 bantuan bulanan plus royalti setahun sekali
Sekarang bila bayaran royalti nak tamat, dia harap ada orang boleh terus beri bantuan, sebolehnya secara bulanan. Hmm susah lah
Ada peluang selama 50 tahun, kenapa tak beringat dari awal. Bertahun-tahun iols baca, Setiap kali keluar kisah anak-anak arwah p.ramlee mesti kisah kemiskinan. Harap mereka dapat keluar dari belenggu kemiskinan.
Quote chikumanis 1-6-2022 01:11 PM
boleh dah minta bantuan pada yang guna nama P.Ramlee tu waima anak angkat, cucu pun semua boleh minta bantuan..
Quote auntyonion 1-6-2022 01:19 PM
Menyeru org ramai sapa yg sudi utk bantuan bulanan hmmmmm
Quote adeqbun 1-6-2022 01:29 PM
mmg jenis harap rpoyalti je ke ape ni...xde usaha nak tmbh pndptan sndri ke...dh tau kan kontrak tu smpi bile..xkan dr mude xpk semua2 tu..plg bodo pon jd acik gomen je sudah..kompem ade pencen..xpon guard secureforce..xleh brain dan ssh nak husnuzon
Quote ACC106 1-6-2022 01:36 PM
Huishh still dpt royalty slps 50 tahun kematian pengkarya .. Untunglah family members.

Agak2 mcm M Nasir erc berapalah royalty sedangkan waktu hidup pun selalu menang award MACP
Quote DayangKirana 1-6-2022 01:53 PM
banyak ke royalti amount yg dia dpt selama ni?
susah nk ckp...bila selama ni bergantung semata2 dengan duit tu..
nak kerja, umur plak dh tua..sakit2 plak tuh.
Quote sukacactus 1-6-2022 01:54 PM
Xterkomen aku baca artikel ni
Hurmmm….
Quote fadz84 1-6-2022 02:07 PM
ACC106 replied at 1-6-2022 01:36 PM
Huishh still dpt royalty slps 50 tahun kematian pengkarya .. Untunglah family members.

Agak2 mcm M  ...

ada pernah baca Saari Amri dpt royalti 200k++ setahun x silap..
Quote she 1-6-2022 02:11 PM
Megah atas nama bapa aje
Hakikatnya…..
Quote codenamedream 1-6-2022 02:12 PM
Untunglah dpt royalti selama ni.
Quote EJALTI 1-6-2022 02:14 PM
Tak tahu nak komen....
Quote akuMNdia 1-6-2022 02:15 PM
berapa byk royalti dia dpt utk 1 thn?
Quote TerataiMelur02 1-6-2022 02:16 PM
fadz84 replied at 1-6-2022 02:07 PM
ada pernah baca Saari Amri dpt royalti 200k++ setahun x silap..

Penyanyi tak dapat banyak ni? Ke komposer akan dapat lebih berbanding penyanyi?
Quote suka2 1-6-2022 02:16 PM
Kesian acik sazli. Umo dah lanjut ada penyakit mcm2 pulak. Nk keje pun org dh takmo amek. Semoga pokcik berjaya dapat bantuan bulanan spt yg diharapkan....
Quote kaoru44 1-6-2022 02:18 PM
Bpe duit royalti dia dpt tiap2 thn eh?
Lama jgk smpai 50 thn tu..
Quote cikatilia 1-6-2022 02:21 PM
MACP ni mahal jugak bayo nye...
kalau store besar2 xtau berapa mahal sbb ikut sq ft

Lihat semua komen(133)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.356165 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top