Kuala Lumpur: Idamkan fizikal hidung tegak mancung serta tirus persis artis K-Pop. Malangnya impian seorang mak nyah 'jelita' bertukar derita apabila pembedahan haram dilakukan menyebabkan hidungnya menjadi senget dan bengkok.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Miss L, 31, memberitahu mula tertarik untuk mencantikkan hidungnya selepas melihat iklan rawatan di media sosial Facebook pada Mac lalu. Menurutnya, sebuah pusat rawatan kecantikan terletak di Kepong di sini, menawarkan rawatan pembedahan plastik dan kecantikan dikendalikan 'pakar' dibawa dari China.
"Tanpa berfikir panjang dan membuat penyelidikan lanjut, saya segera menghubungi pusat kecantikan itu pada 8 Mac lalu sebelum membayar tempahan rawatan sebanyak RM150. "Saya kemudian membuat bayaran tambahan sebanyak RM6,666 pada 22 Mac lalu diikuti bayaran ketiga sebanyak RM6,800 selepas pembedahan rhinoplasty selesai dilakukan pada 27 Mac," katanya. Menurutnya, pembedahan itu dilakukan seorang lelaki warganegara China berusia sekitar 30-an dan mendakwa pakar dalam bidang itu. "Saya menjangkakan tiada masalah akan timbul selepas prosedur pembedahan itu selesai dilakukan. Namun masalah muncul 16 hari kemudian apabila saya mula berasa pelik dengan kedudukan hidung yang senget ke arah kanan. "Malah terdapat bengkak ketara pada bahagian kiri hidung selain lubang hidung saya memiliki saiz berbeza. Lubang hidung sebelah kiri lebih besar berbanding di sebelah kanan," katanya yang bekerja sebagai pendandan rambut. Menurutnya, dia kemudian segera pergi ke pusat kecantikan itu untuk mendapatkan penjelasan. "Namun saya terkejut apabila 'doktor' itu mendakwa hidung saya amat cantik dan memujinya berulangkali. Malah dia seolah-olah enggan bertanggungjawab dan hanya mahu memulangkan separuh dari wang dibayar sebelum ini. "Susulan itu saja segera mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum doktor pakar memaklumkan ramai mangsa yang turut mengalami nasib sama akibat rawatan pusat kecantikan tidak berdaftar," katanya selepas membuat aduan di Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA semalam. Sementara itu Ketua Biro berkenaan, Datuk Seri Michael Chong memaklumkan mangsa turut kehilangan deria bau kesan rawatan kecantikan dilakukan itu. -CARI Sumber: Harian Metro
|
seri_mawr replied at 1-6-2022 03:27 PM
ada gmbar seblm dan selepas di bedah tak..??
takayama replied at 1-6-2022 02:37 PM
nak tanya artis kpop mmg hidung diaorg originally mancung ke
takayama replied at 1-6-2022 02:37 PM
nak tanya artis kpop mmg hidung diaorg originally mancung ke
tumpanglalu74 replied at 1-6-2022 07:29 PM
Aku pegi Tokyo & Seoul serentak jaman tarak K-poop 1992 dulu so aku terkejut nampak orang Korea su ...
ADVERTISEMENT