Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2.2 arah Perai, awal pagi Rabu (1 Jun).
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, mangsa yang berusia 22 tahun meninggalkan barangan peribadi dan keretanya di atas jambatan. "Kami menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian itu pada pukul 5.39 pagi dan sepasukan anggota penyelamat dari balai bomba Perai dikejarkan ke tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan. Tambahnya, anggota penyelamat melakukan pemantauan dari atas jambatan serta lokasi mangsa terjatuh.
Bagaimanapun ujarnya, melihat arus deras di kawasan itu, dikhuatiri mangsa dihanyutkan. Beliau berkata, anggota penyelamat kini sedang menjalan operasi pencarian dan pos kawalan bomba telah diaktifkan di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin, Butterworth. Untuk rekod, minggu lalu, terdapat dua kes terjun di Jambatan Pulau Pinang melibatkan wanita berusia 27 tahun dan 22 tahun. Bagi mereka yang mengalami masalah atau masalah kesihatan mental, boleh hubungi: Perkhidmatan Sokongan Psikososial Kesihatan Mental (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999 atau WhatsApp 019-261 5999); Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim (WhatsApp 011-1959 8214); dan Befrienders Kuala Lumpur (03-7627 2929 atau www.befrienders.org.my/centre-in-malaysia senarai penuh nombor dan waktu operasi). - CARI Sumber: mStar/ The Star
|
she replied at 1-6-2022 02:25 PM
Muda dan ada kereta
Depress apa dek
Mesti berat dugaan hidup dia
Nham22 replied at 1-6-2022 09:35 PM
Kalau kat korea depa pasang lg jeriji besi kasi tinggi.. Mmg payah org nak panjat bunuh diri... Bila ...
ADVERTISEMENT