Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor tampil menjelaskan bahawa gurauan mengenai pengganti yang dikatakan kepada Shuib ketika mereka berganding sebagai penyampai anugerah di pentas Anugerah MeleTOP Era 2021 baru-baru ini hanyalah guruan yang sudah dirancang bersama pelawak tersebut.
"Itu semua gurauan terancang. Apa yang berlaku antara saya dan Shuib, semuanya ada dalam skrip.
"Saya ingin katakan apa yang dilontarkan kemudian dipertontonkan kepada masyarakat pada malam itu adalah satu gurauan yang telah dirancang bersama Shuib.
"Dia tahu apa yang ingin saya tanyakan dan dia juga bersedia untuk membalas pertanyaan saya dalam cara yang tidak terlalu formal," katanya kepada Kosmo Online.
Aktor itu turut berkata bahawa pertanyaan yang diajukan itu sama sekali bukanlah sesuatu yang tidak sensitif atau cubaan untuk menjatuhkan maruah Shuib kerana semuanya terlebih dahulu sudah pun dibincangkan.
Malahan, insiden tersebut sedikit pun tidak menjejaskan hubungan baiknya dengan pelawak tersebut walaupun selepas kedua-dua mereka selesai menjalankan tanggungjawab sebagai penyampai anugerah pada malam acara berkenaan.
"Selepas kami sampaikan anugerah, kami siap melepak dan gurau di pentas belakang. Memang tiada apa yang perlu digembar-gemburkan. Tapi, biasalah netizen akan mencari silap untuk dijadikan bahan bualan di media sosial.
"Orang yang kenal saya tahu saya macam mana orangnya. Bagaimana saya bergurau dan bila waktunya saya serius. Saya bukan anak seni yang bekerja sehari dua dalam industri dan disebabkan itu saya harap sesiapa yang sebarkan berita yang tidak sepatutnya berdasarkan tanggapan dan pendapat netizen, lebih baik berhenti atau muhasabah diri," katanya.
Sementara itu, Shuib yang turut dihubungi oleh Kosmo Online mengakui tidak mengambil hati tentang isu yang disensasikan dalam media sosial. Pemilik nama sebenar Shahmira Muhammad itu mengakui amat menghormati Rosyam sebagai seniman senior.
Bapa tunggal kepada empat orang anak itu menjelaskan dia sudah lama mengenali Rosyam iaitu sebelum dia berkahwin dengan Siti Sarah.
"Sebelum saya kahwin, saya pernah berurus niaga, pernah hantar ayam kampung padanya. Itu kali pertama saya jumpa Datuk Rosyam. Ketika saya jumpa beliau dan sebelum sampaikan trofi, saya dah berborak dengannya, macam biasa berborak pasal arwah. Beliau dengan arwah lagilah, sejak arwah kecil dah saling mengenali.
"Jadi, saya hanya beranggapan apa yang berlaku hanya satu gurauan daripada seseorang yang saya dah lama kenal. Yang rapat juga dengan saya termasuk arwah. Insya-Allah, saya tiada apa-apa isu pun sebenarnya. Tiada rasa sikit pun. Memang tiada.
"Mungkinlah netizen ataupun orang luar beranggapan perkara tak berapa sedap didengar di cuping telinga mereka jadi mereka ada hak untuk luahkan perasaan dan pertikai sebab soalan itu begitu dan begini," katanya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
kalau Tok Syam tak gurau pun meols sokong Tok Syam, udah-udah lah meratap, tapi dalam masa sama meraih simpati dengan muka toya muka kesian tu buat content pasal arwah seminggu sekali....yihhh... sama dengan Mak Tiri arwah tu yang pegang account arwah...tak habis2 nak triggered anak-anak arwah sedih-sedih pastu asyik tanya pasal arwah, rindu arwah bagai..semata-mata nak buat content meratap...
Kalau aku baik tanya sampai bila pak mertua kau tu nak duduk dgn kau? Dia takde rumah ke? Setakat tanya soalan kahwin ni biasalah org tu pon dah takde nak meratap pon buat apa.takkan nak main sabun aje bila gersang.
Entah kenapalah masyarakat kita hari ini, drp yg tua apa lagi yg muda, semakin terkehel nilai2 akhlak yg wajar diperlihatkan. Apapun alasan yg RN ada, sudah disepakati skripsinya, namun etika adab melayu sepatutnya dipelihara. Kenapa perkara begitu perlu ditanyakan di khalayak ramai? Apa matlamatnya? Shuib pun tak harus membenarkan soalan sedemikian melainkan jika Shuib memang mau terus menjual kesah kehidupannya setelah ditinggal pergi. Peristiwa tragis yg menyebabkan Shuib menjadi duda dn anak2nya menjadi yatim kehilangan ibu, jgnlah dijadikan modal/konten dn diperolok2kan agar segera mencari/mendpt ganti. Sangat disayangkan jika memang begitulah wacana/skripsi yg kedua2 mereka sudah sepakati.
Maaf jika pendpt saya ini tidak menepati citarasa wacana Datuk RN.