CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azhar Sulaiman Sudah Tegur Anak Seksi- Masih Tak Berubah, Hanya Mampu Berdoa Yang Terbaik

1-6-2022 11:34 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7015| Komen: 85|Original author: Tatod


Nama pelakon Azhar Sulaiman pernah menjadi sebutan gara-gara anak perempuannya, Kasih Iris Leona memuat naik gambar atau video memaparkan dirinya dalam penampilan yang terlalu seksi.

Baru-baru ini, aktor berusia 51 tahun itu sekali lagi menerima kecaman hebat daripada netizen yang menyifatkan dia sebagai seorang ayah yang gagal mendidik Leona apabila  anak gadisnya terus-menerus membiarkan anak perempuannya itu memakai pakaian yang mencolok mata.

Menerusi laporan mStar, Azhar berkata, dia sudah pun menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa dengan menegur kekhilafan serta menasihati anaknya. Dia kini hanya mampu berdoa agar anaknya berubah menjadi lebih baik.



Tambahan pula, anak-anaknya sudah pun meningkat dewasa serta perlu ditegur secara berhemah. Anak-anaknya bukan lagi pada usia yang sesuai untuk menggunakan rotan sebagai medium mendidik mereka.

"Saya sama seperti Kaza dan Normah Damanhuri. Kami adalah ibu bapa pada anak-anak yang bukan kecil lagi. Sebagai ibu bapa, sudah tentulah kita berikan teguran.

"Namun, apa yang kita tegur itu bukan mudah.  Kita harap anak-anak dapat berfikir lebih jauh mengenai kesan terhadap keseluruhan , bukan hanya pada diri tetapi keluarga dan ibu bapa.


"Sebagai ibu bapa, saya ambil tanggungjawab untuk tegur apa yang tak boleh dilakukan. Tapi, kalau dia masih buat... Saya hanya berdoa semoga dia cepat berubah.

"Kita tak boleh rotan atau jerit pada anak-anak sekarang apatah lagi mereka sudah besar. Jadi kita doakan yang terbaik untuk anak-anak," katanya.

Terdahulu, video Leona dan seorang rakannya menari dengan gaun ketat dan mendedahkan bahagian dada mengundang kecaman netizen. 

Warga maya tidak hanya menegur pemakaian Leona tetapi juga meminta Azhar agar mengingatkan anaknya mengenai agama serta menasihati gadis itu supaya memakai pakaian yang lebih sopan. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 1-6-2022 05:14 PM
Betol ke kalo anak-anak xdgr ckp and berperangai syaitan, mak ayah bg makan dari sumber haram??? Ak tny je yeee... Harap ade jawapan. Xspesific pun kat sesapa.
Quote peko_lolo 1-6-2022 07:36 PM
Sweet la leona ni
Quote Nenasketum 1-6-2022 07:48 PM
Sila tengok Tanah Kubur episod Dayus. Hehehehe
Quote scarflicious 1-6-2022 08:20 PM
Kecik kecik tak mau di ajar. Udah besar gini, kita enjoylah tgk toink toink anak dia.
Quote mendeluk 1-6-2022 08:26 PM
Mulotkoyak replied at 1-6-2022 05:14 PM
Betol ke kalo anak-anak xdgr ckp and berperangai syaitan, mak ayah bg makan dari sumber haram??? Ak  ...

Amboi itu tuduhan dahsyat . So kalau anak berperangai tak elok, meaning semua haram . Anak dia pun takdelah setan sangat perangai.. just mentality budaya kita kalau tengok budak2 mcm ini terus fikir lain. Kalau dalam Islam kata gitu sumber haram bagai JUST because anak lagu itu, dahsyat eh  agama islam macam in iish ish ish ish
Quote asamfish 1-6-2022 08:38 PM
Sibuk lah nak menegor  anak org.  Nanti yang korang duk kutuk tu la yang akan berubah di suatu hari nanti....dah sah2 korang akan puji melambong khennnnnnnn.....mcm idola korang si pajora tu....dulu masa menyeksi kemain korang hamun ...now....kemain mcm lindungan kaabah korang angkat dia khennnnnn
Quote akumak 1-6-2022 09:20 PM
aku ada anak remaja perempuan. so aku faham situasi azhar ni. huhu
Quote stingerumble5 1-6-2022 09:27 PM
Jgn putus asa dan terus berdoa….

Alaaa pazzpizzpuzzz pun liat berapa lama lepas kawen baru bertutup…iteww pun ramai yg confident sebab dah mula nak berbisnezz tudung…..

Kahkahkahkahkahkah
Quote stingerumble5 1-6-2022 09:30 PM
asamfish replied at 1-6-2022 08:38 PM
Sibuk lah nak menegor  anak org.  Nanti yang korang duk kutuk tu la yang akan berubah di suatu hari  ...

Pajora layeen…..layeeennnn

Dia boleh beli hati hati pencacai pencacai dgn handbag coach…..warna pilihan sendiri

Retis lain mampoooo?

Kahkahkahkahkahkah
Quote nolya 1-6-2022 09:35 PM
Iman tak dpt diwarisi, begitulah ungkapan yg lumrah kita dengar sekarang ini. Wbgmnepun, kita juge mendengar bahawa anak itu ibarat kain putih, maka emakayahnya lah yg berperanan mencorakkan anaknya  dgn warna ape dn lorek yg bagaimana. Ditambah lagi pesan orang2 tua, melentur buluh itu ketika rebung, bila dah jadi buluh tak boleh lagi. So di mana kurang atau lebihnya AS mengadun didikan terhadap anaknya, hanya AS ada jawapannya. Sbg anak melayu yg berteraskan Islam,  pakaian anak gadis AS memang tidak sopan walaupun dipuji ramai dn di kalangan lelaki di luar sana tentu seronok melihatnya. Cantik, genit dn mulus kulitnya.

(Mencontohkan kpd diri sendiri, kalaulah aku yg berpakaian begitu, ayahku pasti rampas dah bajunya, akan dikoyak2kan atau dibakar terus. Malu katanya, berbaju tapi bertelanjang dilihat ramai. Akhirnya makpak dikecam orang.)
Quote newyork 1-6-2022 09:36 PM
Faktor sekeliling sama. Ayah dia artis, sepupu sepapat pun pesyen mcm dia, sekolah pun urban..
Quote Belibis 1-6-2022 09:38 PM
Dimaafkan sebab bukan level kak km..
Quote mendeluk 1-6-2022 10:27 PM
Belibis replied at 1-6-2022 09:38 PM
Dimaafkan sebab bukan level kak km..

Betul2.
At least si budak leona ini dia sexy sexy tak selevel mcm keluarga km rempit.
Quote asamfish 1-6-2022 10:40 PM
akumak replied at 1-6-2022 09:20 PM
aku ada anak remaja perempuan. so aku faham situasi azhar ni. huhu

Kan!  Kadang2 pemakaian, ada anak2 yang makpak berbuih mulut pasal how they spending money, kadang2 pasal pergaulan dan pengaruh kekawan yang high end stuff....mcm2 hal anak2 ni.  So toksah dok kecoh sgt psl anak org, diri kita dan anak kita pun ada hiccups jugak.

Quote xAthenax 1-6-2022 10:56 PM
mendeluk replied at 1-6-2022 08:26 PM
Amboi itu tuduhan dahsyat . So kalau anak berperangai tak elok, meaning semua haram . Anak dia pun ...

adalah sorang ustaz pernah cakap serupa tu kat my biras
sebab anak2 sheols agak degil dan kuat memberontak, kepala angin baran bagai
and this ustaz ada doctorate  uols
sekarang jadi hakim syariah court pun..
Quote mendeluk 2-6-2022 12:42 AM
xAthenax replied at 1-6-2022 10:56 PM
adalah sorang ustaz pernah cakap serupa tu kat my biras
sebab anak2 sheols agak degil dan kuat mem ...

Xkisah lah jawatan dia apa. Tapi tuduhan mcm tu berat sangat. Boleh buatkan org pandang sleck kat agama kita. No wonder masyarakat kita very judgmental sbb semua nak kait dgn agama. Adui adui
Quote setori_mori 2-6-2022 12:45 AM
Itu lah sebab ada peribahasa melentur buluh biar dari rebung nya
Quote edayildiz 2-6-2022 12:48 AM
ok jer leo ni..so suwit jer bdknyaa..
Quote DARSITA 2-6-2022 01:32 AM

Wife dia puncanya. Kalau mak pandai didik anak anak sure anak anak tak jadi mcm ini.

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.093870 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top