Sebuah klip video memaparkan pengantin lelaki berseluar pendek pada majlis perkahwinannya menjadi tular di media sosial
Indonesia.Suara.com melaporkan, video tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram @vidiopernikahan. Rakaman menunjukkan seorang pengantin lelaki lengkap berbaju putih dan berseluar pendek hijau keluar dari pintu sebuah rumah. Pengantin lelaki itu dilihat membawa sejambak bunga sambil berjalan menuju ke pelamin di tengah-tengah tetamu undangan dan sesekali menyapa sambil bersalaman dengan mereka.
Setelah tiba di hadapan pelamin, dia menyambut pengantin perempuan sebelum naik ke pelaminan. Video tersebut mendapat kecaman netizen kerana pemakaiannya tidak sesuai untuk majlis pernikahan selain tidak menghargai tetamu yang bersiap dengan rapi. Sumber: Kosmo
|
supernaturalee replied at 1-6-2022 12:05 PM
Kot iye sangap nk berseluar pendek
Pakai lh dr material yg sm dgn kot
Nmpk lh classy sikit...walau ...
ADVERTISEMENT