CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Dibunuh, Dibakar, Mayat Ditemukan Di Tepi Sungai Kuala Kangsar

1-6-2022 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2554| Komen: 15

Orang awam dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan terbakar di tepi Sungai Kuala Kangsar dekat Kampung Talang Hulu, Kuala Kangsar, Perak, pada Selasa.


Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, siasatan awal mendapati mayat individu tersebut adalah seorang wanita berbangsa India berdasarkan penelitian fizikal.

Namun ujar beliau, identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti.


Foto: mStar Online

Mior Faridalathrash berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat tersebut sekitar pukul 3.05 petang oleh orang awam.


"Pihak polis daerah Kuala Kangsar hadir ke lokasi kejadian dan mengesahkan penemuan tersebut. Unit Forensik (D10) dan Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) turut tiba di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

"Pemeriksaan awal yang dilakukan mendapati, mangsa dipercayai mati dibunuh dan dibakar di tempat yang sama," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar bagi proses bedah siasat,

Ujarnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian atau kehilangan ahli keluarga untuk menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Kes, ASP Mohd Subkey Alias di talian 013-928 5436.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 1-6-2022 11:12 AM
Takde orang lapor missing person wanita kaum india ke?
Quote Nenasketum 1-6-2022 11:13 AM
Mesti dari area lain tu, Ipoh ka sebab kat Kola tak ramai hindu kat sana.
Quote Nnasda53 1-6-2022 11:37 AM
Zaman la ni tak suka je bunuh.Kejam manusia skrg.
Dekat dgn kwsn tol kuala je ni.
Quote venom1 1-6-2022 03:53 PM
Nyawa manusia tak berharga dah sekarang ni. Tak berperikemanusiaan langsung.
Quote Skuau 1-6-2022 03:56 PM
ini hari punya berita...ada orng terjun jambatan(pp),ada ninggal kek mpv,ninggal kt tandas...yg ni...kena bunuh plak...
Quote putera_daruna 1-6-2022 04:01 PM
tu belum campur covid19 lagi
Quote Artemesiaa 1-6-2022 04:04 PM
Kes hutang along ke scandal ke macam mana
Quote virgo19 1-6-2022 04:07 PM
Kenapa sekarang semua wartawan suka guna perkataan 'ditemukan', mcm bahasa indon. Bukan ke perkataan yg betul ialah 'ditemui'
Quote matbad 1-6-2022 11:54 PM
virgo19: Kenapa sekarang semua wartawan ...

Sbb kacukkan berleluasa. Hikhik
Quote jazaa100 2-6-2022 12:00 AM
Dah terbakar mcmana tau india pulak.....
Tak rentung ke?....

Apa le kejam sgt sampai mcm tu sekali
Quote jazaa100 2-6-2022 12:01 AM
virgo19 replied at 1-6-2022 04:07 PM
Kenapa sekarang semua wartawan suka guna perkataan 'ditemukan', mcm bahasa indon. Bukan ke perkataan ...

Ada le sedikit bau indon.....

Jgn nati dorang guna perkataan "ketemuan" sudah lah....
Quote Chakila9898 2-6-2022 12:05 AM
jazaa100 replied at 2-6-2022 12:00 AM
Dah terbakar mcmana tau india pulak.....
Tak rentung ke?....


adik dia ada buat pngecaman brg myt. ada subang hidung. sblm tu adik dia ada wat report kakak nye hilang
Quote jazaa100 2-6-2022 07:40 AM
Chakila9898 replied at 2-6-2022 12:05 AM
adik dia ada buat pngecaman brg myt. ada subang hidung. sblm tu adik dia ada wat report kakak nye  ...

Ooo....thnx killa....

Akk baca tajuk & tebuk² sikit je......
Malas nk baca kisah kejam mcm ni.....hari² kisah bunuh & bunuh diri.....

Kita pun jd stress.....
Quote bulalof 2-6-2022 08:47 AM
salah satu sebabnya kerana pemimpin tak peduli masalah rakyat. ramai pemimpin yg x berguna langsung.
Quote Buritan 2-6-2022 09:27 AM
Nenasketum replied at 1-6-2022 11:13 AM
Mesti dari area lain tu, Ipoh ka sebab kat Kola tak ramai hindu kat sana.

Ade estate kat padang rengas kola semua tuu.. tp hindu kola bg aku baik baik.. baca nst lagi.. koh koh.. tak mcm hindu kek sgkai mng paria habis

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.123879 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top