CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hantar Mesej Lucah, Pemain Bola Dipercayai Rogol Remaja Ditahan Polis

1-6-2022 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7870| Komen: 63

Seorang pemain bola sepak tanah air dicekup selepas disyaki merogol seorang gadis yang juga merupakan rakannya di sebuah rumah di daerah ini, pada Ahad.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan semasa dia berada di rumahnya selepas polis menerima laporan mangsa.


Gambar hiasan

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari semasa gadis berusia 18 tahun itu berada di rumahnya seorang diri.

Menurutnya, suspek datang ke rumah mangsa yang bekerja sebagai jurujual tudung dan masuk ke rumah gadis berkenaan ketika dia keluar membuang sampah.


“Pemain bola sepak itu dipercayai monolak mangsa dari belakang sebelum mengheretnya ke atas katil di dalam bilik tidur sebelum merogol gadis tersebut.

“Mangsa melawan dan menjerit meminta pertolongan, namun semua ahli keluarganya tiada di rumah ketika itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan pemeriksaan mendapati ada satu kesan koyakan baharu pada kemaluan gadis itu.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, mangsa mengenali pemain bola sepak itu dan suspek didakwa pernah menghantar mesej berbaur lucah melalui WhatsApp kepadanya.

“Semakan mendapati, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Polis merampas baju dan seluar yang dipakai suspek semasa kejadian tersebut untuk membantu siasatan,” katanya.

Tambah Muhamad Zaki, suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 31-5-2022 09:42 PM
keluar bilik utk buang sampah? bukan keluar rumah?
mcmmana jantan tu boleh masuk rumah?
takkan la terkam mcm kucing nak mengawan kat luar kot
Quote dua_chzy 31-5-2022 09:42 PM
Kes seumpama Dai Shit kan.
Quote immaryjane 31-5-2022 09:43 PM
Bau hanyir.
Quote dua_chzy 31-5-2022 09:45 PM
“Dalam laporan yang dibuat, mangsa yang juga seorang jurujual kain dan tudung berada di rumahnya di Kampung Kijang, Jalan PCB, keluar dari bilik untuk membuang sampah pada jam 12.30 tengah hari Ahad lalu.

“Mangsa mendakwa didatangi suspek yang tiba-tiba menolaknya dari belakang sebelum mengheretnya ke katil dalam bilik tidur.

“Mangsa cuba melawan dan menjerit namun tiada ahli keluarga di rumah ketika kejadian dan remaja perempuan itu mendakwa dia dirogol tanpa kerelaan,” katanya menurut laporan Berita Harian.


Polis pun tahan hati ja dari tak melazer bila dengar statement sebegini.
Quote dua_chzy 31-5-2022 09:47 PM
Atau wartawan yang weng? Kes di Kelantan tapi motif wartawan letak PJ?
Quote 3chanceno 31-5-2022 09:53 PM
Sapo suspek nie?
Quote sharlenetexas 31-5-2022 09:54 PM
Dah nak sebulan Kelantan takde Ketua Polis.


Quote sharlenetexas 31-5-2022 09:55 PM
dua_chzy replied at 31-5-2022 09:47 PM
Atau wartawan yang weng? Kes di Kelantan tapi motif wartawan letak PJ?

Wartawan berada do PJ kot?


Quote Xim 31-5-2022 10:02 PM
Ajak kawen tp tak nak le tu....tak pasal² je....
Quote mojarean_X 31-5-2022 10:29 PM
dua_chzy replied at 31-5-2022 09:47 PM
Atau wartawan yang weng? Kes di Kelantan tapi motif wartawan letak PJ?

Style berita Free Malaysia Today mmg mcm tu. Mereka akan letak PJ di depan. Mungkin merujuk pd office mereka ketika berita ditulis
Quote Belibis 31-5-2022 10:32 PM
dua_chzy replied at 31-5-2022 09:47 PM
Atau wartawan yang weng? Kes di Kelantan tapi motif wartawan letak PJ?

Kalau Nilai pun boleh kat selangor..apa sangat dengan kelantan..
Quote TeropongThaico 31-5-2022 11:55 PM
Siapakah
Quote DARSITA 1-6-2022 12:11 AM

Cinta tak berbalas. Kesian mangsa.
Quote mdhelmi 1-6-2022 10:24 AM
cakap elok2 kat maknya kata minat kat anak kan senang
benda bole ejas lagi mau pilih jalan susah
Quote She-Ra 1-6-2022 10:41 AM
kalau bab bola ni.. terus jengah ig tmj kot ada stori baru
dia kan jenis lajuuuu je
Quote Nnasda53 1-6-2022 10:46 AM
Belibis replied at 31-5-2022 10:32 PM
Kalau Nilai pun boleh kat selangor..apa sangat dengan kelantan..

Hahahaha tersembur nescafe iols baca..kikikiki.
Quote mawarkhayalan99 1-6-2022 11:22 AM
So siapakah suspek ituuu
Quote NazRysha 1-6-2022 12:06 PM
sendunya benang ni
mesti xglamer
Quote prince_marhaen 1-6-2022 12:27 PM
kronologi kejadian sangat meragukan....adakah kes dah main tapi cinta tidak berbalas lalu menyesal lantas melaporkan dirogol?

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.085792 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top