Bru-baru ini, tular di Twitter gambar tangkap layar kata-kata kesat dilemparkan Azwan Ali terhadap pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi dan rakan-rakannya.
Difahamkan, Azwan menciap hal itu kerana kurang senang dengan adegan saling berpelukan antara Yusuf dengan sahabatnya sedangkan virus Covid-19 masih aktif menular dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Yusuf yang tidak berpuas hati dengan kata-kata carutan tersebut kemudian tampil menerusi Instagram menegur tindakan Azwan yang meluahkan pendapatnya dengan menggunakan perkataan tidak sopan.
"Merenyut Typical Nasty? Siap dengan emoji khinzir? Ini ke cara kamu (Azwan Ali) nak kritik? Takkan tak pandai beza binatang dengan manusia? Ini juga bukan soal kebulur nak open house. Tapi ini adalah kasih sayang dua sahabat, hanya untuk meraikan.
"Kepada Azwan Ali, begitu mudah kamu melemparkan kata-kata kesar 'Gthhh Puii Pok*makkk Bodohhh Mcm ko'. Apa benda ni? Tak perlulah sembang di media sosial, ada baiknya kita bersemuka. Kan kamu gelar kami binatang.
"Nak tengok ke kami datang merangkak, berjalan atau berlari? Jangan nanti kami datang tiba-tiba tunjuk kad OKU. Ingat eh... Jangan disebabkan mulut, badan binasa. Kalau nak tumpang populariti, datang saja. Kami boleh support lah. Jangan guna cara kotor untuk cari makan," tulisnya.
Yusuf yang turut memuat naik video mengakui dia marah, sedih dan sakit hati dengan tindakan Azwan yang melemparkan kata-kata nista terhadap mereka.
Katanya, tidak ada salahnya apabila seseorang itu ingin menyatakan pendapat peribadi mereka bagaimanapun ia haruslah dilakukan dengan cara yang berhemah.
"Tak salah kalau nak kritik. Tak salah kalau nak menyatakan pendirian masing-masing. Semua ada mulut, semua boleh berhujah, semua boleh menasihati, semua boleh cakap apa dia nak cakap. Tetapi, hati-hatilah dengan mulut awak," katanya dalam video berkenaan. - CARI