CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nama Asal Dalam Kenangan Sebab Gatal Tukar Nama 'Salmon' Demi Sushi Percuma

1-6-2022 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1668| Komen: 14

Sebilangan penduduk Taiwan yang menukar nama mereka dengan memasukkan perkataan ‘salmon’, bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan sushi percuma di sebuah restoran, kini tidak dapat mengubah semula nama mereka kepada asal.


Memetik laporan Oddity Central, penggubal undang-undang Taiwan kini berdebat untuk meminda peraturan yang hanya membenarkan rakyat negara itu boleh menukar nama mereka tiga kali sahaja.


Foto: Taiwan News

Langkah itu bagi menangani insiden tersebut yang digelar sebagai `kekecohan salmon’.

Pada Mac tahun lalu, rangkaian restoran Sushiro menawarkan sushi secara percuma kepada mana-mana pelanggan yang namanya mempunyai perkataan salmon.


Bagi pelanggan yang memiliki nama dengan bunyi hampir sama dengan salmon pula mendapat potongan harga 50 peratus.     

Lebih 300 orang menyahut tawaran lumayan itu dengan menukar nama mereka secara sah di pejabat pendaftaran Taiwan.

Walaupun ramai berjaya menukar semula kepada nama asal selepas promosi tersebut, masih ada lagi individu yang gagal berbuat demikian sehingga terpaksa hidup dengan nama pelik seperti Handsom Salmon, Dancing Salmon atau Salmon Dream.


Foto: Taiwan News

“Selepas insiden kekecohan salmon, beberapa individu yang sebelum ini sudah menukar nama mereka sebanyak tiga kali kini tiada cara lain untuk mengubah semula.

“Misalnya, seorang pelajar yang menukar namanya kepada Truong Salmon Dream mendapati ibu bapanya sebelum ini sudah dua kali menukar namanya ketika bayi, jadi dia tidak dapat mengubah semula. 

“Sehingga peraturan dipinda, dia terpaksa hidup dengan nama Salmon Dream sepanjang hayatnya,” kata penggubal undang-undang dari New Power Party, Chiu Hsien-chih.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 2-6-2022 12:07 AM
Walaupun ramai berjaya menukar semula kepada nama asal selepas promosi tersebut, masih ada lagi individu yang gagal berbuat demikian sehingga terpaksa hidup dengan nama pelik seperti Handsom Salmon, Dancing Salmon atau Salmon Dream.


sampai mati la nampaknya pakai nama2 huduh sebegitu rupa



Quote sharlenetexas 2-6-2022 12:30 AM
Salmon Salman takde ke?


Quote Farhaz 2-6-2022 12:35 AM
Kalau Salmontel boleh tak? Tetibe terfikir lak nama tu.
Salmon dream jijis pulak aku dengar
Quote dani-rox 2-6-2022 12:46 AM
Salmonella, Salmonah, Salmonalisa, Salmon Khan
Quote edee_91 2-6-2022 12:55 AM
Harga asal sushi tu mahal bebeno ke? Kalau tak, bapak ah tak berbaloi.
Quote che-cikL 2-6-2022 01:42 AM
Kalau offer ni ada dtg balik nanti, minta2 sempatlah SS hantar anaknya Salmon tu ke sana.
Quote doubleharmonic 2-6-2022 05:23 AM
risalmon tersenyum sinis
Quote namieamuro 2-6-2022 08:03 AM
demi makan percume
Quote n3ar 2-6-2022 09:24 AM
geng sepet kalau benda free memang cepat... sanggup buat apa pun
Quote renko 2-6-2022 09:27 AM
padan muka puak selet
Quote shernazz 2-6-2022 03:27 PM
Hahaha
Nak tergelak plak
Nak sushu free punya pasal
Boleh makan tara mana je pung
Quote sharlenetexas 2-6-2022 03:29 PM
Salmon Salman Rukiman
Salmon Ella
Salmon Elly


Quote Artemesiaa 2-6-2022 04:20 PM
Macam tak berbaloi dengan usaha yang dilakukan.  Suchi kat sana bukannya mahal mana pun negara pun famous dengan seafood.
Quote Kurex 2-6-2022 04:31 PM
Leluhur ni, selagi ada barang free, memang dia sanggup buat apa je. Tapi dituduhnya melayu mulia syurga hadap barang percuma

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.074627 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top