CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hodoh, Unsur Seksual: Ilustrasi Buku Matematik China Cetus Kontroversi

1-6-2022 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1676| Komen: 1

China mengarahkan semakan buku teks sekolah di seluruh negara selepas timbul kekecohan dalam kalangan orang ramai mengenai ilustrasi yang dianggap hodoh, tidak senonoh dan pro-Amerika Syarikat, lapor stesen penyiaran CNN.



Foto: CNN

Lukisan ditemui dalam buku teks matematik kegunaan pelajar sekolah rendah selama hampir satu dekad itu mencetuskan kontroversi atas pelbagai sebab.


Foto: NYTimes/Getty Images


Sebilangan warga maya mengkritik gambar kanak-kanak bermata kecil dan berdahi luas dalam buku itu sebagai menyinggung perasaan dan bersifat perkauman. 

Satu gambar lain memaparkan seorang kanak-kanak dengan benjolan membentuk kemaluan pada seluarnya. Orang ramai turut marah berhubung konotasi seksual dalam lukisan berkenaan.


Foto: CNN

Ilustrasi berlainan pula memaparkan seorang budak lelaki meletakkan tangannya di dada seorang kanak-kanak perempuan. 

Dalam gambar berikutnya, seluar dalam seorang kanak-kanak perempuan terserlah ketika dia bermain lompat tali.



Foto: The Guardian

Kemarahan terhadap ilustrasi itu mendominasi perbincangan di media sosial China sejak Khamis lalu apabila gambar-gambar itu mula tersebar secara online.

Beberapa tanda pagar berkaitan isu tersebut mendapat puluhan juta tontonan di laman sosial tempatan, Weibo.

Susulan kekecohan yang berlaku, Akhbar Pendidikan Rakyat bertindak menarik balik buku teks berkenaan dan akan mereka bentuk semula ilustrasi tersebut.


Foto: CNN

Pada Sabtu lalu, Kementerian Pendidikan China bertindak mengarahkan penerbit membetulkan dan memperbaharui penerbitannya selain memastikan versi baharu siap sebelum semester berikutnya.

Kementerian sama juga mengarahkan pemeriksaan menyeluruh di seluruh negara untuk memastikan semua bahan pengajaran mematuhi arah dan nilai politik yang betul, mempromosi budaya Cina dan menepati cita rasa orang ramai.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 1-6-2022 11:59 AM
hahaha...

dia naka masukkan unsur kelakar tapi tak sesuai... tapi memang kelakarlah untuk orang dewasa. barangkali pelajar tak perasan pun kecuali seluar dalam dan pegang dada tu

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.233389 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top