CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Maharaja Lawak Mega Asyik Muka Sama, Azrul Raja Lawak Dakwa Pemilihan Tak Telus

1-6-2022 11:00 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9033| Komen: 65|Original author: Tatod


Kebangkitan pelawak-pelawak dalam industri seni tanah air mulai ketara selepas stesen televisyen membuka ruang kepada mana-mana individu berbakat untuk menampilkan kebolehan menghiburkan penonton dalam sesebuah program pertandingan.

Raja Lawak dan Maharaja Lawak Mega (MLM) adalah dua program popular yang banyak menghasilkan pelawak tempatan serta mencungkil bakat baharu bagi memeriahkan lagi industri seni kreatif tempatan.

Pun begitu, menerusi akaun TikTok, Azrul yang pernah menyertai kedua-dua pertandingan itu mendakwa ketidaktelusan dalam pemilihan peserta menyebabkan MLM setiap tahun menampilkan wajah sama hinggakan ada segelintir yang semakin bosan mengikuti program berkenaan.


Azrul berkata sedemikian apabila ada antara pengikutnya di aplikasi berkenaan mengajukan pertanyaan sama ada pelawak berkenaan bakal kembali ke pentas MLM pada masa akan datang atau sebaliknya.


"Sejak saya main TikTok, ramai yang tanya pasal nak buat come back di MLM. Bukan tak nak masuk, dua kali saya masuk selepas arwah Pak Yus meninggal dan kali kedua bersama Cik Mat dan Bob. Tapi, masalahnya MLM ni penuh dengan ketidakpuasan atau tak adil buat peserta lain," katanya.

Menerusi perkongsian video kedua, Azrul mendakwa bahawa masalah berkaitan MLM sudah lama timbul sejak awal program pertandingan tersebut dianjurkan oleh pihak stesen televisyen terbabit sehinggalah sekarang.

"Produser yang jaga program itu dari awal sehingga ke hari ini adalah orang yang sama. Apabila seseorang itu sudah jaga program ini terlalu lama, dia akan jadi besar kepala. Dia macam king kat situ. Dia yang tentukan.

"Masalah yang selalu timbul setiap tahun adalah penyertaan dan content check. Penyertaan ini, siapa yang masuk tahun itu dan siapa yang dipanggil. Jadi produser ni, kalau korang baik dengan dia, ngam dengan dia... tak pernah membantah, apa dia cakap semua okay, dia akan call kau dulu. 

"Masalahnya ramai peserta Raja Lawak dari musim pertama sehinggalah yang ketujuh ramai yang nak mencuba nasib tetapi tak diberi peluang langsung. Yang berpeluang pun yang terpilih sahaja. Itu yang setiap tahun muka sama sahaja," katanya.


Mereka yang ingin mencuba nasib untuk menyertai MLM tidak mempunyai sebarang masalah untuk memenuhi kehendak dengan menghantar video sebagai salah satu syarat pemilihan sebelum dipilih masuk ke pertandingan berkenaan.

"Kita faham mereka inginkan yang terbaik tetapi apa masalahnya berikan peluang. Setiap tahun ada kuota peserta. Ada 12 peserta ke, 13 peserta ke, bagilah empat kuota ni kepada mereka yang tak pernah masuk, budak-budak Raja Lawak, alumni Raja Lawak yang mana mereka inilah yang memeriahkan industri lawak kat Malaysia ni walaupun mereka tak ke mana, ada yang bagus dan ada yang tak bagus tetapi bagi peluang.

"Yang kedua content check atau pemeriksaan kandungan. Setiap Khamis atau Rabu, kami kena present depan panel apa yang akan kami perform Jumaat malam tu. Kadang-kadang, dia yang tentukan cerita kau ni. Kau dah buat, kau dah yakin ini buah kau, baik punya. Ini kekuatan kau... strength kumpulan kau. Tapi bila present, mereka cakap cerita tak boleh blah ni, tak boleh pergi. Korang kena tukar," katanya.


Tambahnya lagi, 'content check' adalah satu proses memeriksan kandungan sama ada bahan yang ingin disampaikan itu mengandungi kata-kata makian, mencarut atau menyentuh sensitiviti sebagaimana yang sudah ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kau kena check itu sahaja bukan kena check lawak atau tak sebab lawak itu subjektif, ada yang suka dan ada yang tak suka. Tapi, masalahnya setiap tahun akan timbul masalah itu sampaikan ada yang marah sebab macam mengganggu kreativiti peserta. kau kena check content sahaja.

"Kadang-kadang, cerita yang kita nak buat tu kena reject. Dan cerita yang kena reject itu akan dapat pada kumpulan lain. Itu baru sikit tau cerita, banyak lagi yang tak best yang menyebabkan ramai malas nak layan," katanya. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AshkieLa 1-6-2022 12:04 PM
kalau tak klakar, tak selera gak nak tengok.
yang muka biasa2 mcm Bocey, Zero tu ade juga la punchline2 yg mengena...
walaupum dah lama forumer cakap pasal balik2 team or org yg sama muncul...
Quote Normabaru 1-6-2022 12:11 PM
Dah kalau malas nak layan

Bagi je kat orang lain..

Xde benda senang dlm dunia ni.Even Douglas Lim yang dah ada kelas tersendiri pun creative buat content xmemekak mcm ko yang kata malas nk layan tp bising..

Quote Tembikaigoreng 1-6-2022 12:14 PM
MLM bagi aku bukan pentas untuk bagi peluang ke apa....Kang bagi peluang lawak krik². Lebih baik muka sama yang confirm boleh menghiburkan daripada muka baru tapi hmmmm
Quote jiwakacau06 1-6-2022 12:16 PM
prcya ja crta dia ni...di mna2 pn ada kroni
Quote KamikuP 1-6-2022 12:25 PM
Dia ni pon ada kes dulu kan Anju sbb membawang kikiki...
Quote belacan_gurl 1-6-2022 12:26 PM
Muka yg sama....lawak bodoh yang sama...asyik2 org tu...ulang2 sampai abg jamil mampos
Quote OyaTonggek 1-6-2022 12:27 PM
elehhh...jaki
Quote jijilaaa 1-6-2022 01:49 PM
mulut si azrul ni kalah betina kan..bab membawang mcm ponen serah kat dia...leh apply jadi diva aa 2.0
Quote zeetot 1-6-2022 01:55 PM
Baguslah dia share
Quote jihyomelly 1-6-2022 02:01 PM
belacan_gurl replied at 1-6-2022 12:26 PM
Muka yg sama....lawak bodoh yang sama...asyik2 org tu...ulang2 sampai abg jamil mampos

pengacara pun yg samaaaaaa
Quote taji2906 1-6-2022 02:18 PM
jihyomelly replied at 1-6-2022 02:01 PM
pengacara pun yg samaaaaaa

yg ni muakk nak muntah aku.. walaupun lama sgt tak tengok MLM ni. tapi kalau lalu iklan tu si rambut sekangkang kera tu akan menjerit MLM.
dengan bingit tu kadang aku dengar dia sebut perkataan tu pun salah. muntah si culas bayar nafkah anak ni jd host
Quote Mary_jane 1-6-2022 02:38 PM
Kalau bagi yang sendu, lawak nya tak menjadi macam mana nak tarik orang untuk tengok. Yang asik2 muka sama tu pun ada fans tersendiri. Kang sunyi je pentas kalau muka baru & lawak krik2. Nizam Jentik2 & Shashic tu dah naik even dapat 4th place je last year. Harap this year anak Mr Os, kumpulan Arteh plak dapat join. Meriah sikit.
Quote dejure 1-6-2022 02:51 PM
Kroni ada di mana2 saja..
Quote ezacbee 1-6-2022 04:39 PM
jijilaaa replied at 1-6-2022 01:49 PM
mulut si azrul ni kalah betina kan..bab membawang mcm ponen serah kat dia...leh apply jadi diva aa 2 ...

Dia ni kan dulu geng mengumpat retis manatah. Lupa. Boleh tahan mulut dia ni kalah pompuan. Kaki gosip retis.
Quote kaseh80 1-6-2022 05:09 PM
Yg penting hos MLM TU perlu tukar dah kertu
Sekali buat lawak bodohhhhhhhh
Quote Mulotkoyak 1-6-2022 05:37 PM
Last ak tgk MLM ni mase swason 3/4 cmtu. Kemudian dh mengarut. Ditambah plak dgn pelawak yg bodoh2 ubi. Diangkat plak jd pengacara. Stesen TV skg mmg xde rancangan ilmiah macam zaman dodulu ke?  Roda Impian ke,  Who Want To Be Milionaire ke, Dimana Joe Jambul ke,  Perdana Ria ke, Pop Kuiz ke.  Bebalik program sampah. Hadiah plak xmenarik mcm dlu. Every week nk tgk rancangan Singer beraama keluarga. Semua berinformasi. Smp kan otak kita pun nk sesama fikir. Sbb tu zaman skg ramai org bodoh2 cerdik dilahirkan. Peradaban Malaysia makin jatuh.
Quote blueberry12 1-6-2022 09:13 PM
Mulotkoyak replied at 1-6-2022 05:37 PM
Last ak tgk MLM ni mase swason 3/4 cmtu. Kemudian dh mengarut. Ditambah plak dgn pelawak yg bodoh2 u ...

kann.. dkt IG sekarang viral rancangan family feud yg steve harvey jadi host tu. dulu kita pon rancangan mcm tu. lupa tajuk tp chef wan jadi host. pastu dia jerit apa kata survey. feveret iols rancangan tu. 1 family sama2 sikir jawapan. sekarang nape lah dh takde rancangan gitu.
Quote anony-mous 1-6-2022 09:31 PM
Azrul ni asal kumpulan dgn along kan? Actually heols masa gu dgn along best jah. I suka heols tp syg kurang menyerlah
Quote anony-mous 1-6-2022 09:32 PM
jijilaaa replied at 1-6-2022 01:49 PM
mulut si azrul ni kalah betina kan..bab membawang mcm ponen serah kat dia...leh apply jadi diva aa 2 ...

Lah gitu ke kekdahnya. I mati2 ingat heols bebas kontroversi sbb heols antara peserta i suka. Tgk mcm diam2 buat hal sendiri x sangka kaki gosip

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.076299 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top