"Ia hadiah paling besar dari Tuhan untuk saya," kata Ahmad Dhani, 50, pengasas kumpulan rock legenda Indonesia, Dewa 19 mengenai pengalamannya dipenjara 18 bulan pada 2019.
Ahmad Dhani ketika ditemui berkata, dia tidak pernah menyesal dengan perkara itu kerana ia juga membuatkan dia menjadi lebih kuat dan matang. "Tak ada penyesalan. Kenapa nak menyesal jika itu 'hadiah' untuk saya? Jadi, saya ucapkan terima kasih. Ini kerana sesuatu yang tidak boleh membunuh anda, memberikan anda kekuatan," katanya dalam satu temubual bersama Harian Metro, di Kuala Lumpur, semalam.
Ahmad Dhani yang juga pemain keyboard dan penyanyi Dewa 19 dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan pada 28 Januari 2019 di Cipinang, Jakarta Timur selepas didapati bersalah menyebarkan mesej berunsur kebencian dalam tiga kenyataan di Twitter. Ahmad Dhani berkata, ramai orang memberi pelbagai reaksi apabila dia dipenjara, namun ia bergantung kepada cara kita memahami maknanya. "Semua orang tahu saya dipenjara bukan kerana jenayah yang sebenar, tapi sebab politik dan pada waktu itu ada pilihan raya di Indonesia. "Orang boleh kata macam-macam di mana ia adalah hukuman, cubaan dan ujian dari Tuhan. Namun, bagi saya ia adalah ganjaran atau hadiah paling besar," katanya. https://www.instagram.com/p/CeL2Y-ppJgT Menurut Dhani, hanya orang yang pernah dipenjarakan tahu apa yang dirasakan dan ia tidak diceritakan kepada orang yang tak pernah dipenjara. "Saya tak pernah merancang semua ini, Tuhan yang aturkan semuanya," katanya. Sumber: Harian Metro
|
prince_marhaen replied at 1-6-2022 02:26 PM
18 bulan je pun....dramaaaaa sinetron..
ADVERTISEMENT