CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Hadiah Hari Lahir Paling Bermakna" - Raisuddin Tergamam, Bertemu 'Kembar' Siti Sarah

1-6-2022 07:04 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 8769| Komen: 106|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Makder


Siapa sangka impian Raisuddin Hamzah ingin bertemu dengan wanita yang dikatakan 'kembar' anaknya, Allahyarham Siti Sarah akhirnya tercapai apabila mereka bersua muka dalam majlis ulang tahun kelahirannya beberapa hari lalu.

Isteri Raisuddin iaitu Siti Fatimah Suberi memuat naik video momen itu di akaun Instagram miliknya. Menerusi video itu, kelihatan Raisuddin akhirnya bertemu dengan wanita yang dikenali sebagai Emy. 

Ekoran itu, dia mengucapkan terima kasih kepada Emy kerana sanggup meluangkan masanya bertemu dengan mereka pada hari berkenaan.


Menurut Siti, suaminya pernah menyatakan hasrat ingin bertemu dengan Emy selepas tular mengenai wajahnya yang begitu mirip arwah Siti Sarah, namun tidak berkesempatan untuk bertemu kerana sibuk dengan perkara lain. 

Sumber: Instagram Makder

Bagaimanapun, sempena hari lahir suaminya, dia membawa Emy sebagai kejutan di majlis ulang tahun kelahiran suaminya. Siti juga mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Emy sekeluarga kerana sudi menerima pelawaannya untuk bertemu mereka. 

Dalam rakaman video itu, kelihatan Raisuddin sangat terkejut apabila akhirnya bersua muka dengan Emy buat pertama kali kerana wajah Emy hampir serupa dengan arwah Siti Sarah.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat bersetuju dengan wajah Emy yang kelihatan seperti 'kembar' kepada arwah Siti Sarah.  - CARI

Sumber: Instagram Makder


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epal_putih 1-6-2022 07:14 AM
Aahhla sama... sama comel
Quote Fly_over 1-6-2022 07:14 AM
mengarut je. kesian budak2 tu…
Quote damian_lee 1-6-2022 07:20 AM
but why …. dengan mekap ala2 adik epi segala
soalannya … what for?
Quote dua_chzy 1-6-2022 07:37 AM
Makin mengarut dah family ni.

Mohon Soeb cepat2 halau mereka keluar dari rumah heols.
Quote kuzaime 1-6-2022 07:40 AM
Dari tepi nampak iras2 arwah sarah. Hmm perasaan bila kehilangan org tersayang ni, kepala rasa kosong..kau jalanlah pusing 1 dunia sekalipun, kau jumpalah org2 yg ada iras @ sama sekalipun, tetap bukan orang yg dah pergi tu
Quote bulalof 1-6-2022 07:44 AM
ini pun nak buat cerita. beria sgt.

yg dah pergi tu takkan kembali. redha dan doakan saja.
Quote cheezel 1-6-2022 07:46 AM
Bilanya nk move on cmni
Quote SherryZass 1-6-2022 07:46 AM
kesian kat anak arwah, nak melupakan tu take time, buat content macam ni, lagi sakit rasanya, terkenang & merindu orang dah tiada.
Quote Prickford 1-6-2022 07:51 AM
Wei....iolls tahu sedih kehilangan. But please let go, move on. In between u gais, buat internally je la. Stop publish anything regarding kehilangan Siti Sarah. Dia dah jauh.
Quote Redmyvi 1-6-2022 07:59 AM
nak cakap lelebih pun tkleh sbb tak ada kt tmpat family arwah sarah..
Quote seri_melati 1-6-2022 07:59 AM
ehhh mengarut la dorg ni semua, dah tu pak sudin tak nk jadikkan anak angkat ke?
Quote 3chanceno 1-6-2022 08:02 AM
Tak faham kenapalah buat cam gini n upload di socmed  buat content tapi tak fikir perasaan anak2 arwah tu

Dah tua2 pun tiup lilin jugak
Quote eira2310 1-6-2022 08:04 AM
tak habis2 lg ke..nanti buat anak2 tu confuse..kesian kt anak2 ..bole terganggu emosi dorg ni..mungkin dah kena belajar move on.
Quote Burong_Hantuk 1-6-2022 08:22 AM
Kerja yang sia2...kesian..get a life...
Quote awex^returns 1-6-2022 08:25 AM
tak sama pun bagi aku
tak perlu kot nak cari pengganti muka siti sarah atau suara siti sarah
bagi aku dia satu dan tak ada ganti
apa lagi pada anak2 dia
mengarut lah bini raisuddin ni
lagi satu cakap dia rentikanlah guna IG siti sarah tu
aku rasa dah hilang exclusive IG tu
IG tu ada sentimental value pada aku as peminat sarah
uwekkkkkkkkkk
Quote silampumeja 1-6-2022 08:25 AM
boleh ke nak kata mak tirinya yg lebih2 sekarang.. mak tiri yg amik alih acc sarah kan..
Quote snowater 1-6-2022 08:29 AM
Mak tiri die ni lebih2 plk, menyampah aku. Yg part last sekali tu smpi 3x sebut aman rumah tangga, yg lakinye smpi sudah tak iyakan..hampeh gak org tua ni , agaknye selama ni tak aman kot tu smpi 3x sbut tu
Quote kechikchomel 1-6-2022 08:30 AM
iolss tak pernah tgk rupa mak tiri sblum ni.
tengok pic atas tu, igt kan dayah bakar
Quote Nurul_007 1-6-2022 08:48 AM
sebgai seorang yg pernh merasa kehilangan mak diusia muda meols rasa kesian betul dgn anak sarah.emosi budk2 yg kehilangan mak msa masih mentah tk sma gan yg khilgan bila dh dewasa dn matang.umur masih muda kita smua sgla benda bergntung gan mak dn msih sgt memerlukan.sb tu dulu smua sanak saudara bila dtg rumah sebolehnya tk nak ungkit psl mak dpan anak yg kehilangan sb benda tu auto dtg rasa sedih dan sendu.meols tk rasa benda ni sgt genuie atau buat anak sarah happy.bila tgok muka ada iras mak tu meols yakin bertubi2 suib kena tnya berulang2 knpa mak tk ada kenapa mengapa wlupun mereka dh tau cerita sbnarnya.pls lah stop buat benda mcm ni lgi mbuatkan emosi anak2 sarah tk stabil wlupun dekat socmed nampak happy.

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.036229 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top