![]() Sumber: Twitter Hfnz9
Seperti yang kita semua tahu, apabila bergelar seorang pelajar, kita akan mengenal erti kehidupan yang sebenar kerana ketika itulah kita akan tinggal berjauhan dengan keluarga. Dari situ bermulalah tanggungjawab kita untuk mengurus perbelanjaan diri sendiri dan banyak lagi. Walaupun ramai pelajar boleh menyara diri mereka dengan bantuan keluarga dan bantuan wang seperti PTPTN. Namun, ada pelajar yang mengalami masalah kewangan sehingga terpaksa tahan lapar dan tidak makan untuk menjimatkan wang belanja yang diberikan oleh ibu bapa mereka.
Baru-baru ini, tular satu posting yang dimuatnaik oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai Hfnz9. Menerusi posting itu, kelihatan seorang peniaga di kawasan Skudai yang menampalkan nota di kedainya khas untuk pelajar sehingga ramai netizen yang sedih dan terharu apabila membaca nota itu. Menurut peniaga wanita ini, dia tidak mahu pelajar terpaksa menahan lapar kerana ketiadaan duit. Dia juga pernah menjadi seorang pelajar, maka dia faham apabila ada pelajar yang terpaksa mengikat perut. Meninjau ke ruangan komen, ada netizen yang mengenali peniaga wanita ini yang bernama Kak Ecah. Menurut sumber lain, Kak Ecah berniaga di Kafe N24 Streetcafe yang terletak di Univerisiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor. -CARI Sumber: Twitter Hfnz9 |
Adrif replied at 31-5-2022 08:51 PM
masa aku zaman student dulu2 pun, ada orang-orang kaya yang selalu bagi makanan free untuk student. ...
ADVERTISEMENT