Semalam terungkap kembali beberapa fakta terbaru dari perbicaraan kes remaja Sindrom Down dikenali Bella. Seperti dilaporkan Harian Metro, saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam bahawa kecederaan lecur dialami Bella disebabkan air panas dari termos, bukan dari penapis air seperti didakwa sebelum ini.
Perkembangan terbaru ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Berita ini turut dikongsikan pengacara Iesya Toh yang terkenal di media sosial kerana sering menyuarakan pandangan berhubung sebarang isu demi kepentingan masyarakat.
Iesya meluahkan rasa bimbang jika di pengakhiran kes perbicaraan, Bella akan disabitkan kesalahan. Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan proses perbicaraan ini dari semasa ke semasa. Ramai berharap Bella berpihak kepada kebenaran dan keadilan. Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT