Kita selalu mendengar kisah penghantar makanan terpaksa melayan kerenah pelanggan setiap hari, isu seperti penghantaran lewat, makanan tidak ditutup dengan betul dan banyak lagi. Baru-baru ini, ada video tular di TikTok yang memaparkan seorang penghantar makanan tiba di gerai apam balik untuk mengambil makanan itu, namun sebaik tiba dia mendapati kedai itu sudah lama ditutup. Difahamkan, penghantar makanan itu kecewa dengan pemilik kedai berkenaan kerana tidak menutup aplikasi penghantaran makanan yang didaftar sebelum ini.
Tambahan pula, di dalam sistem tertulis bahawa kedai itu masih beroperasi.
Menjengah di komen pula, ramai yang bersimpati dengan penghantar makanan itu dan meminta bersabar dengan situasi tersebut. - CARI |
imransulaiman replied at 31-5-2022 06:28 PM
Baru je tadi pagi nampak tiktok rider mengamuk gara-gara customer tak alert bila kena call banyak ka ...
ADVERTISEMENT