Penyanyi rap yang popular dengan lagu Xde Hal Bro, Caprice mendedahkan disebalik senyuman dan kegembiraan yang mereka sekeluarga tunjukkan di media sosial, pasangan itu sebenarnya sudah berhadapan dengan dugaan dan cabaran sejak tujuh bulan lalu. Menerusi Instagram, pemilik nama sebenar Ariz Ramli itu mengatakan dia sama sekali tidak menyangka bahawa ujian selepas mendirikan rumah tangga itu ternyata lebih berat dan menguji kesabaran. "Sebelum ini, saya fikir selepas kahwin confirm ujian akan lagi kurang... "Disebalik senyuman, filter dan video sebenarnya sudah tujuh bulan saya melalui banyak perkara baru yang kita kena uruskan dan cuba bantu isteri pula," tulisnya. Menerusi perkongsian berkenaan, Caprice memuat naik rakaman video isterinya, Farra Inalis yang sedang tidur ditemani ayat ruqyah berkumandang dari telefon pintar. Kata Caprice, sudah beberapa kali ustaz datang untuk merawat isterinya. Penyanyi itu turut mendakwa ada tiga orang yang berani menghubungi isterinya pada tengah malam. "Dah berapa kali ustaz datang berubat dia. Baru-baru ini ada tiga orang pula yang berani call dia tengah malam dan ganggu. Saya tak tahu kenapa ramai masih tak puas hati dengan isteri. "Sejujurnya, saya sangat letih. Nak hadam bisnes dari 9 pagi ke 10 malam lepas tu sambung dengan benda bukan-bukan sampai 3 atau 4 pagi. Saya perlukan bantuan," coretnya. Sekadar info, pada 15 November tahun lalu, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis Hussni yang merupakan seorang ibu tunggal anak satu, Aleesya Sofea yang berusia lima tahun. -CARI |
ADVERTISEMENT