"Saya lebih rela berdiam diri sebab tidak mahu mengapi-apikan lagi keadaan." Demikian kata pelakon Siti Hariesa yang terpalit kontroversi ekoran rakaman babak 'panas' pelakon Zul Ariffin mendukungnya menerusi drama Perempuan Itu tular di laman sosial pada Mac lalu.
Siti Hariesa, 24, berkata, dia bercuti selama sebulan selepas penggambaran drama itu selesai selain mahu terus bersikap profesional di dalam bekerja. "Pada mulanya, saya berasa lawak apabila ia tular. Kemudian, barulah saya sedar beginilah perasaannya tular. Sebagai pelakon saya hanya mahu menjadi profesional, sudah tentu. Itu sahaja yang saya nak. Mahu profesional dalam bidang lakonan.
"Apa yang dilakukan atas tuntutan kerja, bukannya nak berseronok ataupun suka-suka," katanya. Menurut Hariesa, dia mendapat banyak mesej peribadi di media sosial, namun mengelak daripada membacanya. "Keluarga dan rakan-rakan ada berpesan agar jangan membaca komen. Ada ketikanya terbaca juga apabila notifikasi keluar. Tapi buat tidak tahu saja, tak ada nak balas," katanya.
Ditanya adakah dia menerima tawaran lakonan lain sleeps insiden tular itu, Hariesa juga bekas bintang Drama Festival Kuala Lumpur 2019 mahu ambil kira semua aspek.
"Setakat ini saya tidak terfikir lagi untuk buat macam mana, tetapi sekiranya ada tawaran lakonan selepas ini, sudah tentu saya akan fikirkan sebaiknya. Terima atau sebaliknya. Kena ambil kira daripada semua sudut," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|