Hanya kerana memakai kasut tradisional, pengarah filem berketurunan orang asli warga Kanada tidak dibenarkan berjalan di karpet merah dalam majlis Festival Filem Cannes Ke-75.
Kelvin Redvers merupakan ahli komuniti Orang Asli Dene dan membesar di Wilayah Barat Laut Kanada. “Saya membesar dalam persekitaran budaya dan tanah orang asli. Kasut tradisional kami merupakan isu besar buat kami. “Saya faham mengenai peraturan etika pakaian bagi acara karpet merah, jadi saya ingat memakai tuksedo bersama kasut tradisional tidak akan menjadi isu, namun saya silap,” katanya.
Redvers menegaskan, kasut tradisional orang asli merupakan pakaian rasmi bagi kebanyakan budaya di Kanada. Katanya, dia hanya dibenarkan melalui karpet merah sekiranya menukar kasutnya, lapor AFP. “Bila difikirkan semula, jujur saya cakap bahawa saya kecewa, sedih dan marah. “Saya sudah pun tiba di sini dan tiba-tiba dimaklumkan tidak boleh masuk hanya kerana memakai kasut tradisional orang asli,” ujarnya. Lebih menyedihkan Redvers, kasut tersebut dihasilkan adiknya sendiri sempena festival itu. Sumber: Utusan
|
whimsicalmusic replied at 31-5-2022 02:43 PM
Bukan masalah kasut tu kasut traditional org asli..masalah nye sbb xikut dressing code! Xyah nk bitt ...
VioletsAre_Blue: Bodoh jugak penganjur, perempu ...
ADVERTISEMENT