CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aripah Damanhuri Meninggal Dunia

31-5-2022 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7398| Komen: 49

Lebih sebulan dirawat di Hospital Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman pada seluruh organ, dramatis Aripah Damanhuri, 73, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.15 pagi, Selasa.


Berita itu disahkan oleh anak bongsu kepada pelakon itu iaitu Fais Nurpais Ismail ketika dihubungi mStar.

Menurut Fais, jenazah ibunya masih berada di hospital dan akan dibawa ke surau Al Tarbiyah Taman Melewar kemudian disemadikan di anah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda.

Foto: IG

"Ya, mak baru saja meninggal pada pukul 8.15, tadi di wad 23, HKL. Jenazah masih berada di wad dan Insya-Allah urusan mandi dan kafan akan dilakukan di HKL melalui foresik.


"Kemudian akan bawa jenazah pergi ke surau Tarbiyah Taman Melewar untuk urusan solat. Insya-Allah jenazah akan dikebumikan di Raudhatul Sakinah , dekat area Batu Muda.

"Cumanya pukul berapa sampai sana, saya akan maklumkan kemudian... Insya-Allah," kata Fais.



Pada 23 April lalu, Aripah Damanhuri, 73, dimasukkan ke HKL kerana paras oksigen menurun dan terpaksa ditidurkan selepas disyaki mendapat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Anaknya, Fais Nurpais memaklumkan Aripah diberikan bantuan pernafasa selain semua jenis ubat penguat jantung sudah dihentikan.

Aripah Normah Damanhuri

Aripah merupakan kakak kepada pelakon Normah Damanhuri.

Malah, organ-organ pelakon itu juga semakin sembuh daripada jangkitan kuman.

Menerusi laporan mStar pada 10 Mei lalu, adik kepada Allahyarham Aripah iaitu pelakon Normah Damanhuri berkata kakaknya ketika itu menunjukkan perkembangan positif.

Pelakon berusia 68, memberitahu, biarpun belum sedar sepenuhnya, namun kakaknya itu memberi respons setiap kali dipanggil.

Dalam pada itu, menerusi laman Facebook Fais juga meminta mana-mana pihak menghubunginya sekiranya arwah mempunyai hutang yang belum selesai.

“Pohon sedekahkan doa kepqada mak ya. Kalau mak ada apa-apa hutang yang belum langsai, hubungilah saya, Insya-Allah,” tulisnya.

Allahyarham mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 1980 an dan kekal aktif dalam televisyen dan filem.

Antara filem lakonannya iaitu Senario XX (2005) dan 8 Jam (2012) manakala drama berjudul Airmata Maria, Gerak Khas musim 11 dan Antara Maghrib dan Isyak. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dejure 31-5-2022 10:17 AM
Mesti kak km happy tgk makcik dia meninggal..makcik ni la yg kecoh pasal penari pondan separuh bogel masa kahwin si aya tu.
Quote missHaidiD 31-5-2022 10:24 AM
Acik ni berlakon ok jgk kn.  Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman
Quote Asdira 31-5-2022 10:25 AM
Td baca kat malaysia gazette..
Tggu jg kat sini siapa2 bukak thread ni..
Quote jlo 31-5-2022 10:26 AM
Al Fatihah..
Quote 3chanceno 31-5-2022 10:26 AM
Innalillah..salam takziah buat famili
Quote kuzaime 31-5-2022 10:30 AM
Alfatihah..salam takziah buat keluarga.. x ingat baca kat thread mana ntah dulu, anak2 acik ni jenis perangai elok, langsung x sama mcm sepupu2 dorang anak acik normah
Quote doubleA 31-5-2022 10:33 AM
Innalillah. Memang dah sakit kan pernah tengok post acik normah
Quote epal_putih 31-5-2022 10:38 AM
salam takziah
Al fatihah (dibaca)
Quote miemiecha 31-5-2022 10:39 AM
takziah buat kuarga, ngat normah tu yg meninggal.
harap adelah secebis hidayah allah bg kat famly normah tu bila tgk ada kematian d kalangan ahli kuarga nih
Quote Lislizza 31-5-2022 10:41 AM
Salam takziah buat keluarga
Quote Acikgomen 31-5-2022 10:47 AM
Anak2 normah mmg manjang bebulu dgn acik arwah aripah ni sbb arwah suka tego perangai tak senonoh normah anak beranak
Tapi acik pecaya je arwah aripah ni takde dengki pape dgn normah anak beranak
Anak2 arwah aripah ni pun nampak decent, cukup je kain nak tutup aurat, takde tetonggeng sana sini hadapkan pablisiti murahan mcm kazen2 deyols
Semoga Allah mengampuni dosa2 si mati dan menerima amalan2 nya selama hidup
Quote sukacactus 31-5-2022 10:49 AM
Salam takziah kepada kaum kerabat arwah
Tgk pic2 kat sini, xdapat tidak, tercompare la jg dgn ank2 adiknya norma itu
Quote one_piece 31-5-2022 10:49 AM
missHaidiD replied at 31-5-2022 10:24 AM
Acik ni berlakon ok jgk kn.  Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman

haah byk gak dia berlakon tp tambahan je lah.. best juga
Quote prettyuglybabe 31-5-2022 10:50 AM
sejuk hati tengok anak-anak arwah..
beza amat dengan sepupunya..
Quote Fazzbulous 31-5-2022 10:51 AM
Innalillahiwainalillahirajiun...semoga Arwah ditempatkan bersama para soleh solehah..diampunkan dosa2 nya...
Quote Fazzbulous 31-5-2022 10:52 AM
Acikgomen replied at 31-5-2022 10:47 AM
Anak2 normah mmg manjang bebulu dgn acik arwah aripah ni sbb arwah suka tego perangai tak senonoh no ...

arwah pn dah bg teguran...terlepas dah tanggungjwb nya sbg keluarga & umat islam...
Quote Geeayden 31-5-2022 10:54 AM
Salam takziah utk keluarga arwah, semoga rohnya ditempatkan bersama2 org yg beriman. Al-Fatihah
Quote syamzana 31-5-2022 11:10 AM
Innalillah...salam takziah buat keluarga arwah.
semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.
Quote dewi_rina 31-5-2022 11:10 AM
kak km anak beranak tengah buat tahlil ke? atau sibuk lagi dengan dunya

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.052311 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top