CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Nak Solat Tahajud, Kepala Disekap Perompak

31-5-2022 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1010| Komen: 1

Seorang suri rumah tangga dirompak ketika ingin menunaikan solat sunat tahajud di rumahnya di Probolinggo, Jawa Timur.

Lapor Tribunnews, mangsa dikenali sebagai Fatimah, 46 tahun, manakala polis percaya terdapat lebih seorang suspek perompak terlibat dalam insiden itu.

Akibat insiden itu, mangsa kehilangan wang tunai berjumlah 50 juta rupiah (RM15,059) dan sebuah motosikal.


Kerdit foto: TribunNews

“Kejadian itu berlaku ketika saya bangun untuk menunaikan solat tahajud.

“Ada beberapa orang menyekap kepala saya dengan kain dan badan diikat sehingga tidak mampu bergerak.

“Saya juga diacukan dengan sabit supaya tidak menjerit dan melawan,” katanya.

Fatimah memaklumkan, dia tinggal bersendirian di rumah kerana suami dan anaknya merantau.

Tidak lama kemudian, kesemua perompak itu meninggalkan rumahnya dan wanita terbabit berusaha meleraikan ikatan pada badannya sebelum meminta pertolongan dari jirannya.

Sementara itu, jurucakap polis, Sugeng Riyadi mengesahkan kejadian itu dan kini menyiasat bagi memburu semua suspek.

“Mangsa memberitahu, kumpulan perompak itu memaklumkan mereka seramai tujuh orang dan memberi amaran supaya tidak melaporkan kejadian tersebut kepada polis.

“Sehubungan itu, kami akan melakukan siasatan bagi mengenal pasti kesemua suspek,” ujarnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 1-6-2022 09:30 AM
takziah. semoga Allah menggantikan rezeki lagi byk, dan perompak dpt balasan dunia akhirat. tp byk sgt simpan cash kat rumah tu.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.099600 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top