CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

“Ingat Allah Tak Pandang Kisah Silam Kita” - Hijrah Lelaki Transgender Raih Perhatian Ramai

31-5-2022 07:26 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2237| Komen: 7|Original author: Cinta Erina

Sumber: Tiktok Nickalishhh


Untuk pengetahuan semua, isu golongan transgender di Malaysia bukanlah perkara baru yang kita dengari. Isu golongan ini sering menjadi pendebatan antara ahli-ahli agama kerana semakin ramai golongan Mak Nyah atau pondan berani mencabar untuk mengamalkan budaya yang bertentangan agama Islam.

Namun, sesunguhnya hidayah itu milik Allah. Kita tidak boleh menilai seseorang dari luaran kerana sesiapa sahaja boleh berubah ke arah kebaikan. Sama seperti kisah lelaki ini yang pernah menjadi transgender.



Baru-baru ini, tular video seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai Nickalishhh. Menerusi posting itu, lelaki terbabit akui dia pernah melalui kehidupan sebagai seorang 'pondan' selama bertahun-tahun. Namun, dia kini sedang istiqomah untuk mengubah cara hidupnya sebagai seorang lelaki.

Menurut lelaki ini, dia sangat bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk berubah kembali kepada fitrah. Tambahnya, Tuhan tidak akan pandang kisah silam sekiranya seseorang itu betul-betul berubah ke jalan yang diredhaiNya. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata sokongan kepada lelaki ini. Ramai juga yang mendoakan agar lelaki ini kuat dan sentiasa istiqomah. - CARI

Sumber: Tiktok Nickalishhh


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 31-5-2022 08:37 AM
Sekadar content demi sesuap like.
Quote KamikuP 31-5-2022 09:09 AM
Mohon pondan2 dan adik2 buat konten mcm ni dan terus dpt hidayah dan berubah. AAmin
Quote suka2 31-5-2022 09:17 AM
Sapi ilias dulu pun mcm ni. Segenap ceruk netizen pun memuji ujung2 kena scam jah netizen malaysia
Quote annehuda 31-5-2022 09:21 AM
tetiba teringat sapi ilias
Quote dekmieDandy 31-5-2022 10:46 AM
muka dia dah macam alha alfa dah

sama clinic ke
Quote Zack8hunter 5-6-2022 09:52 PM
toksah la bertiktok bagai kalau betul2 nk berubah.. byk dugaannya..
Quote bakingsoda 7-6-2022 09:25 AM
kalau kisah ponder sampah sumber socmed pulak, mati dulu dlm keadaan sama baru aku caya. kalau yg hidup lagi ni kejenya nak tunggang agama tujuan minta support produk sampah!

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.164599 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top