CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Berdarah Telinga Lisa Blackpink Kalau Dengar" - Ingatkan Penyanyi Misteri, Rupanya...

31-5-2022 07:32 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2227| Komen: 4|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram TV3 Malaysia


Baru-baru ini, rancangan I Can See Your Voice Malaysia kembali pada musim ke lima dan pada minggu ini kumpulan Dolla menjadi artis jemputan selain banyak perkara yang membuatkan para penonton terhibur. 

Menerusi Instagram TV3 Malaysia, satu keratan video dimuat naik menunjukkan ramai yang menantikan persembahan daripada penyanyi misteri nombor enam yang dikenali sebagai Sukashiiz yang mempunyai ketinggian dan wajah seperti model. Oleh itu, Andi Bernadee sangat yakin bahawa Sukashiiz ini seorang model dan penyanyi. 



Namun, sebaik Sukashiiz membuka mulut, bukan sahaja suaranya sumbang, malah melodi lagu Lalisa itu terus berubah 360 darjah dibuatnya seolah-olah kita sedang mendengar lagu Lalisa versi screamo bak kata Izzue Islam! Lengkap pula dengan pakej head banging seperti lagu rock. 

Kalau Lisa Blackpink dengar memang boleh berdarah telinga.


Memang betul tekaan kumpulan Dolla yang pada awalnya mengatakan bahawa Sukashiiz hanya penyamar. Namun, Andi Bernadee dan panel lain sangat yakin bahawa lelaki itu penyanyi sebenar kerana ciri-ciri fizikalnya kelihatan seperti seorang model dan penyanyi. 

Episod semalam memang betul-betul gempak sehingga tidak kering gusi penonton ketawa dengan telatah mereka di ICSYV. Pada akhir rancangan itu, dapat juga Dolla berduet dengan penyanyi sebenar. - CARI

Sumber: Instagram TV3 Malaysia


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote copy_paste 31-5-2022 08:56 AM
dah boleh cuba minta jd model la kalo mcm tu, ade rupe ade tinggi
Quote imransulaiman 31-5-2022 11:08 AM
Lelaki rupanya...
Quote babelina 31-5-2022 11:36 AM
skrg borink la tgk program nie.. mcm huru hara.. aku rasa masa syuk n shawn tu dia pndai kawak each other.. supaya x over n huru hara kt situ..
Quote elnor_81 31-5-2022 08:59 PM
babelina: skrg borink la tgk program nie ...

Betul. Mmg huru hara sgt2. Ad mse shawn tukar ngan ain, aku rse mse tu plg tenang. Msuk je ain balik..huru hara

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.099344 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top