CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Lebih 40 Ajaran Sesat Di Selangor, Pantau Keluarga Anda Jangan Sampai Terjebak

30-5-2022 05:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1703| Komen: 3

SHAH ALAM – Lebih 40 ajaran sesat di Selangor sentiasa dipantau termasuk sebarang cubaan ajaran agama berkenaan menerusi alam siber.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, ini bagi mengelakkan pihak tertentu menyebarkan dakyah sehingga menimbulkan kekeliruan di laman sosial.

Katanya, antara ajaran sesat yang dikesan dan dipantau termasuk Ajaran Ibu Yati, Asma Al Husna, Millah Abraham, Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) atau ajaran Sittah Annur dan Rasul Melayu.


“Kita tidak pernah berhenti daripada memantau ajaran sesat yang dibimbangi memesong akidah umat Islam.


“Buat masa ini, terdapat lebih 40 ajaran sesat yang dilaporkan di negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Penutupan Konvensyen Perundangan Jenayah Syariah Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Zawawi menegaskan adalah tidak wajar ajaran agama dijadikan bahan jenaka.

“Sebelum ini, tular ritual buah kelapa dan teropong beberapa tahun lalu yang dianggap sebagai perkara melucukan oleh sesetengah pihak.

“Begitu juga video tular, kipas angin dijadikan makmum solat oleh pihak tertentu. Jika ada keperluan kita akan siasat walaupun ada yang menganggap ia sekadar gurauan,”katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nnoor2 30-5-2022 05:52 PM
Laki aku, Pondok yg dibawah ustaz kazim tu pun dia x percaya dan ada yg x betul kata laki aku...
Quote matchstick 30-5-2022 06:30 PM
ada kawan cerita ex wife abg dia org selangor belah2 kelang sana kot. ex-wife dan family belah ex-wife dia tu mmg muslim pakai tudung semua tapi tak solat. tak payah solat katanya sbb ikut ajaran tok guru mana ntah. diorg mmg ada kelompok yg percaya ajaran tok guru tu
Quote Belibis 30-5-2022 08:39 PM
Dah tau sesat kenapa tak tangkap,dakwa??? Pantau..pantau jer kerjanya.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.166818 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top