Baru-baru ini, tular sebuah video di Facebook yang memaparkan detik cemas berlaku kepada dua pelanggan yang sedang menjamu selera di sebuah gerai di Genting Highland. Difahamkan, terdapat sebuah bas dan kereta yang mengundur secara tiba-tiba menuju ke gerai makan itu dan merempuh meja, kerusi serta kaunter di situ. Loading FB Post...
Menerusi video itu, kelihatan dua pelanggan sempat beredar dari tempat kejadian tanpa mengalami sebarang kecederaan. Malah, salah seorang daripada mereka sempat menjamah hidangannya sambil lari menyelamatkan diri. Melihat komen yang ditinggalkan netizen, ramai terhibur dengan gelagat dua pelanggan itu dan ada juga berharap perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang baik. - CARI |
ADVERTISEMENT